BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 30 Disember 2010

Mitos Nibiru, kiamat 2012

Persoalan tentang bilakah berlakunya kiamat adalah antara perkara samiyat. Umat Islam wajib percaya kiamat akan berlaku cuma tarikhnya yang menjadi rahsia Allah SWT. Bagaimanapun, kebelakangan ini, masyarakat disogokkan dengan berita kononnya akan berlaku perlanggaran besar antara bumi dan planet Nibiru. Mitos perlanggaran planet Nibiru bukan perkara baru.

Sejak beberapa tahun lalu sudah terbit beberapa buah buku berkaitan ramalan tentang 2012 ini. Buku-buku ini dikarang oleh penulis kontemporari, menjelaskan pendapat daripada banyak pakar dan bidang.
Apa yang menarik, buku-buku ini mendapat perhatian umum dan laris seperti pisang goreng panas.
Buktinya, ada judul yang berjaya menduduki tangga teratas buku paling laris di rumah-rumah penerbitan dan rangkaian kedai buku utama.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemu bual Biro Multimedia & Penerbitan Sekretariat Ulama Muda UMNO, Mohd. Riduan Khairi bagi mengupas isu ini.

MEGA: Siapakah yang bertanggungjawab mengutarakan kisah ini?
RIDUAN: Individu yang bertanggungjawab pertama kali mengutarakan kisah ini ialah Notramadus, seorang ahli falsafah Perancis pada tahun 1535.
Beliau terkenal kerana membuat ramalan mengenai masa depan. Asal perkataan Nibiru diambil daripada nama tuhan dalam bahasa Babylon.
Menurut ramalan asal Notramadus, perlanggaran itu sepatutnya berlaku pada tahun 2003. Kemudian ia ditukar kepada tahun 2012 berdasarkan kalendar kaum Mayan di Amerika Tengah.
Ini kerana ramalan Notramadus dibuat berdasarkan kalendar ini, dan tarikh kalendar ini berakhir ialah pada 21 Disember 2012. Setakat ini sahaja pun sudah menunjukkan betapa fatalnya dakwaan perlanggaran Planet Nibiru.
Oleh kerana tidak ada apa-apa berlaku pada tahun 2003, maka ia ditunda hingga tahun 2012. Alasannya mudah, kerana 2012 merupakan tarikh terakhir dalam kalendar.
Sebenarnya, ramalan-ramalan tidak berasas begini mendatangkan banyak kesan buruk kepada masyarakat umum dan umat Islam secara khasnya.

Apakah kesan ramalan begini kepada umat manusia?
RIDUAN: Mengadakan ramalan begini sudah semestinya menimbulkan keresahan di kalangan manusia. Persis seperti mana yang berlaku pada tahun 1999 menjelang tahun 2000. Ketika itu heboh dikatakan tentang virus Y2K.
Kononnya semua peralatan elektronik akan mengalami gangguan. Ini bukan perkara kecil, kerana ia akan melibatkan sistem kerajaan, perjalanan pesawat penerbangan, sistem lalu lintas dan banyak perkara lain lagi.
Kemudian alaf baru pun menjelma, sebenarnya tidak ada apa-apa yang berlaku melainkan beberapa perkara kecil sahaja yang bersifat teknikal.

Ternyata propaganda ini disebar-luaskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan seperti syarikat pengeluar anti virus dan syarikat yang menjalankan penyelenggaraan sistem.
Namun kita masih belum dapat mengesan apakah agenda di sebalik tersebarnya berita perlanggaran Planet Nibiru ini.
Apakah produk yang akan dikeluarkan untuk menangani atau menghadapi peristiwa besar ini? Ataukah ada pihak yang akan menyediakan kem perlindungan berbayar atau pesawat untuk menyelamatkan diri seperti yang dilukiskan dalam filem-filem animasi?

Apa pula hujah ahli astronomi dalam hal ini?
RIDUAN: Dakwaan dan ramalan tentang ruang angkasa dan apa yang berlaku di luar ruangan atmosfera, mungkin dapat dipercayai ribuan tahun dahulu. Namun pada hari ini, sudah ada satelit dan alat pencerap untuk menyemak kebenaran dakwaan ini.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mohd. Fairos Asilan menjelaskan: “Jika benar Planet Nibiru ini akan melanggar bumi pada tahun 2012, sudah tentu ia sangat hampir dengan bumi dan kita sudah lama mengesannya.”

Tambah beliau: “Dunia mempunyai banyak program pemantauan angkasa dan sistem teleskop kita boleh mengesan benda yang jauh sehingga beribu-ribu tahun cahaya.”
Kenyataan beliau disokong oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili ketika berucap di Dewan Negara. Beliau memberitahu bahawa dakwaan Planet Biru akan melanggar bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012 adalah tidak benar. Kewujudan Planet Biru pun masih diragui.

400 penuntut IPT sertai perkhemahan Santun 2010

JAMIL Khir Baharom bersalaman dengan peserta Program Perkhemahan Nasional Santun 2010 di Sintok, semalam.



KUBANG PASU 19 Dis. - Seramai 400 penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menerima Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Miskin/Anak Yatim Nasional (Santun) menyertai perkhemahan Santun 2010 yang diadakan selama enam hari di Sintok, dekat sini.
Program anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) itu merupakan kali kedua dianjurkan selepas perkhemahan pertama diadakan di Kuala Kangsar, Perak, tahun lalu.
Diadakan di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sintok, peserta bukan sahaja didedahkan dengan pelbagai modul motivasi tetapi bakal menjalani program khidmat masyarakat.
Dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini, para peserta turut berpeluang menemui beberapa pemimpin negara.
Antaranya Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.
Turut sama memberikan ceramah motivasi, Ketua Pengarah Yapeim, Dr. Abd. Malek Awang Kechil dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail.
Bertemakan Pemantapan Generasi Pewaris, Menjana Transformasi Negara, kalangan peserta yang ditemui melahirkan harapan untuk menimba seberapa banyak ilmu bagi membolehkan mereka melakukan persiapan dalam berhadapan dengan masa depan.
Bagi Adiff Nafillah Azlizah Hamzah, 19, penuntut Universiti Teknologi Petronas (UTP) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia ini mahu menjadikan Santun 2010 sebagai tapak membina keyakinan diri.
''Kesempatan menemui beberapa pemimpin negara juga akan saya manfaatkan untuk mengaut pengalaman mereka supaya menjadi seorang pemimpin yang berguna pada masa akan datang.
''Program sebegini juga bagus kepada kami warga Santun yang rata-ratanya adalah penuntut miskin dan anak yatim," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.
Pendapat Adiff turut disokong rakannya, mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM), Norisal Nasai, 20.
Mahasiswa Ijazah Veterinar ini mahu menjadikan Santun 2010 sebagai peluang meningkatkan keyakinan diri dalam mencapai cita-cita menjadi usahawan berjaya atas didikan Yapeim.
Sementara itu, Mohamad Farez Izrul, 21, pula berkata, selain melonjakkan motivasi untuk terus tekun belajar, Santun 2010 mengajarnya untuk tidak lupa kepada khidmat kemasyarakatan.
''Kita akan menjalani program khidmat masyarakat dan dari situ, setiap peserta akan diajar supaya bersama dengan kelompok masyarakat untuk saling bantu-membantu," jelasnya yang kini mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Begitu juga kepada Mohd. Nasrul Asraf Kon, 20, yang berasal dari Sarawak dan kini menuntut di Universiti Malaya (UM) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.
Kali pertama mengikuti perkhemahan Santun, beliau berhasrat untuk mengubah sikap yang negatif kepada positif di samping mahu berkongsi pengalaman semasa perkhemahan itu kepada rakan-rakan pengajiannya di UM nanti

Erti Nama-Nama Bulan Hijriyah


Orang Arab memberi nama bulan-bulan mereka dengan melihat keadaan alam dan masyarakat pada masa-masa tertentu sepanjang tahun. Misalnya [[Bulan {penanggalan)|bulan]] Ramadhan, dinamai demikian karena pada bulan Ramadhan waktu itu udara sangat panas seperti membakar kulit rasanya. Berikut adalah arti nama-nama bulan dalam Islam:
MUHARRAM, artinya: yang diharamkan atau yang menjadi pantangan. Penamaan Muharram, sebab pada bulan itu dilarang menumpahkan darah atau berperang. Larangan tesebut berlaku sampai masa awal Islam.
SHAFAR, artinya: kosong. Penamaan Shafar, karena pada bulan itu semua orang laki-laki Arab dahulu pergi meninggalkan rumah untuk merantau, berniaga dan berperang, sehingga pemukiman mereka kosong dari orang laki-laki.
RABI'ULAWAL, artinya: berasal dari kata rabi’ (menetap) dan awal (pertama). Maksudnya masa kembalinya kaum laki-laki yang telah meninqgalkan rumah atau merantau. Jadi awal menetapnya kaum laki-laki di rumah. Pada bulan ini banyak peristiwa bersejarah bagi umatIslam, antara lain: Nabi Muhammad saw lahir, diangkat menjadi Rasul, melakukan hijrah, dan wafat pada bulan ini juga.
RABIU'ULAKHIR, artinya: masa menetapnya kaum laki-laki untuk terakhir atau penghabisan.
JUMADILAWAL nama bulan kelima. Berasal dari kata jumadi (kering) dan awal (pertama). Penamaan Jumadil Awal, karena bulan ini merupakan awal musim kemarau, di mana mulai terjadi kekeringan.
JUMADILAKHIR, artinya: musim kemarau yang penghabisan.
RAJAB, artinya: mulia. Penamaan Rajab, karena bangsa Arab tempo dulu sangat memuliakan bulan ini, antara lain dengan melarang berperang.
SYA'BAN, artinya: berkelompok. Penamaan Sya’ban karena orang-orang Arab pada bulan ini lazimnya berkelompok mencari nafkah. Peristiwa penting bagi umat Islam yang terjadi pada bulan ini adalah perpindahan kiblat dari Baitul Muqaddas ke Ka’bah (Baitullah).
RAMADHAN, artinya: sangat panas. Bulan Ramadhan merupakan satu-satunya bulan yang tersebut dalam Al-Quran, Satu bulan yang memiliki keutamaan, kesucian, dan aneka keistimewaan. Hal itu dikarenakan peristiwa-peristiwa peting seperti: Allah menurunkan ayat-ayat Al-Quran pertama kali, ada malam Lailatul Qadar, yakni malam yang sangat tinggi nilainya, karena para malaikat turun untuk memberkati orang-orang beriman yang sedang beribadah, bulan ini ditetapkan sebagai waktu ibadah puasa wajib, pada bulan ini kaurn muslimin dapat rnenaklukan kaum musyrik dalam perang Badar Kubra dan pada bulan ini juga Nabi Muhammad saw berhasil mengambil alih kota Mekah dan mengakhiri penyembahan berhala yang dilakukan oleh kaum musyrik.
SYAWWAL, artinya: kebahagiaan. Maksudnya kembalinya manusia ke dalam fitrah (kesucian) karena usai menunaikan ibadah puasa dan membayar zakat serta saling bermaaf-maafan. Itulah yang mernbahagiakan.
DZULQAIDAH, berasal dari kata dzul (pemilik) dan qa’dah (duduk). Penamaan Dzulqaidah, karena bulan itu merupakan waktu istirahat bagi kaum laki-laki Arab dahulu. Mereka menikmatmnya dengan duduk-duduk di rumah.
DZULHIJJAH artinya: yang menunaikan haji. Penamaan Dzulhijjah, sebab pada bulan ini umat Islam sejak Nabi Adam as. menunaikanibadah haji.

11 Tanda-Tanda Kesengsaraan

1.Tamak terhadap harta benda dunia.

2.Keinginan kuat kepada nafsu syahwat dan kenikmatan dunia.

3.Gemar bercakap perkara yang tidak memberi faedah dan suka membuat fitnah.

4.Mengambil mudah solat lima waktu.

5.Bersubahat dengan orang-orang jahat.

6.Berperangai buruk.

7.Sombong dan suka membangga diri.

8.Tidak suka menolong orang lain.

9.Sedikit rasa kasih sayang terhadap orang-orang beriman.

10.Bakhil dan kedekut.

11.Lupa kepada mati.

Andai kata Rasulullah Menjadi Tetamu Kita?

Andai kata Rasulullah Menjadi Tetamu Kita?  

Bayangkan apabila Rasulullah dengan keizinan Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita. Beliau datang dengan tersenyum dan mukanya yang bersih berada dihadapan  pintu rumah kita, Apa yang akan kita lakukan? kita pasti akan sangat berbahagia, memeluk beliau seeratnya dan lantas mempersilahkan beliau masuk ke ruang tamu kita. Kemudian tentunya kita akan meminta sangat agar Rasulullah sudi tinggal beberapa hari di rumah kita.

 Beliau tentu tersenyum........

 

Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah menunggu seketika di depan pintu kerana kita teringat VCD atau Vedio game yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video tersebut ke dalam.

 

Beliau tentu tetap tersenyum........

 

Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita setengah telanjang atau gambar-gambar artis pujaan yang kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa.

Barangkali kita akan memindahkan bingkai lafaz Allah dan Muhammad yang ada di ruang samping dan kita meletakkannya di ruang tamu.

 

Beliau tentu tersenyum.......

 

Bagaimana pula apabila Rasulullah bersedia tinggal di rumah kita? Barangkali kita teringat bahawa kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW.

Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW kerana kita lupa dan lalai mempelajarinya.

 

Beliau tentu tersenyum........

 

Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya tetapi hafal pula nama-nama artis, penyanyi barat dan AF (akedemik fanta***).

Barangkali kita terpaksa membersihkan satu bilik penyimpan barang menjadi ruang solat. Atau barangkali kita teringat bahawa ibu, kakak, atau adik perempuan kita di rumah tidak mempunyai pakaian yang sesuai untuk  menutup aurat ketika berhadapan dengan Rasulullah.

 

Beliau tentu tersenyum........

 

Belum lagi koleksi buku-buku kita. Belum lagi koleksi keset kita. Belum lagi koleksi karaoke. Kemana kita harus memyembunyikan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita?

Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berkumandang.

 

Beliau tentu  tetap tersenyum........

 

Barangkali kita menjadi malu kerana pada waktu Maghrib, keluarga kita malah sibuk di depan TV.

Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.

Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menunaikan solat berjemaah.

Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita sangat jarang membaca Al-Qur'an. Malah, ada juga yang tidak pernah membacanya.

Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita.

 

Beliau tentu tersenyum.......

 

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah menanyakan kepada kita siapa nama tukang sapu sampah yang setiap hari berjalan di depan rumah kita.

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita.

 

Betapa senyum beliau masih ada di situ........

 

Bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilahkan beliau masuk dan menginap di rumah kita?

 

Ataukah akhirnya dengan berat hati, kita akan menolak beliau berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita penat dan malu.

 

Maafkan kami ya Rasulullah.........

Malunya kami kepada mu...

 

 

Tapi.....

Masihkah beliau tersenyum?

 

Senyum pilu, senyum sedih atau senyum getir........?

 

Ya Allah! betapa memalukan kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah........

 

Maafkan kami ya Rasulullah..  diri mu terlalu mencintai ummat mu,

Sedangkan kami ummat mu?? Mungkin melupakan mu...

Maafkan kami ya Rasulullah...!

 

 

 

Cinta seorang ummat kepada Rasulnya, harus tercermin dalam setiap perilakunya. Tidak memilih tempat, waktu dan keadaan. Kerana Rasulullah, akan selalu mencintai ummatnya, tak kenal lelah. Masihkah kita mencintainya sehingga hari ini?

ingatan untuk diri ini juga......

BERSAHABAT KERANA ALLAH

Islam memberi garis panduan di mana seseorang bersahabat dengan seseorang yang lain mempunyai tujuan-tujuan tertentu.

Tergolong dalam sahabat yang macam manakah kita?? Cuba-cubalah memuhasabahkan diri. Moga kita menjadi insan terpilih.

Islam memberi garis panduan di mana seseorang bersahabat dengan seseorang yang lain mempunyai tujuan-tujuan tertentu. Tujuan tersebut ialah:

1. bersahabat kerana zat (diri) org tersebut.

2. bersahabat kerana maslahat (kelebihan) di dunia. (seseorang yang bersahabat dalam kategori ini, akan bersahabat untuk mendapatkan nikmat keduniaan seperti kekayaan dan pangkat.

3. bersahabat kerana kelebihan di akhirat. (Mereka bersahabat kerana untuk mendapatkan akhirat seperti bersahabat dengan orang yang berilmu supaya mudah beribadah kepada Allah).

4. Bersahabat kerana Allah S.W.T (Allah S.W.T memerintah diantara satu sama lain hendaklah ada kasih mengasihi seperti ia mengasihi dirinya sendiri). Golongan ini adalah golongan yang terbaik dan hampir dengan Allah S.W.T

Dekati
• org yang berakal
• Orang baik perangainya
• org yang beragama dan berpegang dengan ahli sunnah wal-jamah
• org yang zuhud

Jauhi
• org yang berdusta
• org yang kurang berakal
• org yang kedekut
• org yang penakut
• org yang fasik

HAK-HAK SAHABAT
1. menolong dengan harta apabila sahabat kita berada dalam kesempitan hidup.
2. menolong sahabat dengan usaha dan tenaga. Sahabat yang baik akan membantu sahabat yang berada dalam kesibukan tugas.
3. menolong sahabat dengan lidah, iaitu hendaklah (sunat) memuji &menghebahkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabat (tertakluk kepada keadaan seseorang itu).
4. Memanggil sahabat dengan panggilan yang baik (tertekluk kepada keadaan seseorang itu).
5. Tidak menceritakan keaiban& kesalahan sahabat sama ada di hadapan atau di belakangnya.
6. memaafkan kesalahan sahabat.
7. mendoakan kesejahteraan sahabat, seperti memberi salam.
8. menunaikan semua hak sahabat dengan ikhlas.
9. tidak menyusah atau memberati sahabat.

Tergolong dalam sahabat yang macam manakah kita?? Cuba-cubalah memuhasabahkan diri. Moga kita menjadi insan terpilih.

11 Tanda-Tanda Kebahagiaan..

1.Menjauhkan diri dari urusan dunia yang tidak memberi manfaat Akhirat dan suka kepada urusan Akhirat.

2.Sangat berminat membaca Al-Quran dan beribadat kepada Allah SWT.

3.Tidak bercakap dengan perkara yang tidak memberi faedah.

4.Memelihara solat 5 waktu.

5.Menjaga diri daripada perkara haram dan fitnah.

6.Bersahabat dengan mereka yang melakukan kebajikan.

7.Merendah diri dan tidak takabbur.

8.Bersifat dermawan dan bersifat mulia.

9.Mempunyai perasaan belas kasihan sesama makhluk Allah SwT.

10.Membuat jasa dan bakti kepada orang lain.

11.Sentiasa mengingati mati.

ORG-ORG yg mendpt doa para malaikat

Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya”
*(QS Al Anbiyaa’ 26-28)
Berikut adalah senarai orang-orang yang mendapat doa oleh para malaikat:
1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci‘”
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia
* (Sahih Muslim no. 469)
3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)
4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)
5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu
*(Sahih Bukhari no. 782)
6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia‘”
*(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)
OHISLAM: SEBARKANLAH WALAU DENGAN SATU AYAT. mohon pendapat n nasihat andai terdapat kesalahan dlm artikel ini..ana hamba ALLAH SWT yg lemah..yg sentiasa mencari cinta NYA...semoga ALLAH SWT sentiasa menbantu kita semua AGAR selalu mengingati ALLAH SWT..

Bagaimana Menjaga Keikhlasan...

Ada satu perkara yang perlu kita fahami iaitu IKHLAS ini adalah buah atau natijah dari keimanan dan ketaatan kepada Allah SWT. Ikhlas tidak dibina diatas dasar yang tidak jelas atau diawang-awangan. Apabila kita benar-benar merasai hakikat kebesaran dan keagungan Allah disamping menyakini segala janji-janji dan ancaman-ancamanNya serta meyakini hari pertemuan denganNya maka ketika itu pohon keimanan yang ada pada jiwa kita mula mengeluarkan buahnya untuk kita petik dan menikmati kemanisannya.

Ya, buah Ikhlas itu manis dan harum. Namun tak semua pohon Iman itu mengeluarkan buah atau hasil. Tidak semua pula yang tahu memetik buahnya untuk menikmati anugerah Allah yang agung ini. Mungkin kita perlu tanya: Adakah benihnya baik, ada tanahnya telah kita gemburkan dan bajai dengan baik, adakah air yang kita sirami cukup dan sebagainya. 


Iman tidak akan tumbuh secara mukjizat. Kita perlu tanamkan benih yang asli dan baik; kita perlu bangunkan iman itu diatas asas keimanan dan kesedaran yang betul, bukan kerana keturunan atau warisan tetapi kita perlu melalui proses. Jangan jadikan diri kita seperti 'umang-umang'. Mungkin ada yang tak kenal umang-umang. Lihatlah ditepi pantai, kadang-kadang kita akan temui siput yang berjalan laju. Bukankah berjalan laju itu bukan sifatnya. Kalau kita angkat dan tengok betul-betul rupanya ada ketam yang menumpang kulit siput yang kosong itu. Mungkinkah iman kita begitu? Kita beriman kerana ibu ayah kita beriman atau orang disekeliling kita beriman. Adakah keimanan kita itu asli dan benar. Apakah proses yang telah kita lalui hingga kita yakin bahawa iman kita itu betul.

Dr 'Ali Hasyimi dalam bukunya Syakhsiyah Islamiyyah menyebutkan tentang Iman yang celik. Katanya iman yang celik atau iman yang hidup adalah iman yang tumbuh diatas dasar makrifatullah atau mengenali Allah dengan sebenar-benarnya kefahaman tentang nama-namaNya, sifat-sifatNya dan sebagainya yang berkaitan dengan Allah. Kefahaman ini ditingkatkan hingga melahirkan as syu'ur ma'iyatullah (Rasa sentiasa bersama Allah atau mampu menghadirkan Allah dalam diri kita) hingga kita tidak merasakan sesuatu apapun yang tidak diketahui oleh Allah SWT. Kita merasakan dengan seluruh jiwa kita akan pemerhatian Allah, Maha mendengarnya Allah, Maha mengetahuinya Allah dan sebagainya. Syu'ur atu perasaan ini terus ditingkatkan hingga jiwa kita sentiasa beinteraksi (mukholatah) dengan Allah SWT. Setiap keluhan kita, setiap aduan dan permohonan kita pertama-tama sekali kita hadapkan kepada Allah, tidak pada selainNya. 


Inilah tiga tahap penanaman iman hingga Iman itu tumbuh dan berbuah; Makrifah, Syu'ur dan Mukholatah. Ketiga-tiga unsur ini akan kita tingkatkan melalui ketekunan kita mentaati Allah SWT. Bagaimana seorang yang tidak melakukan apa-apa mampu berdoa dengan penuh yakin? Adakah sama doa orang yang begitu berbanding seorang yang bekerja bertungkus lumus hingga pecah-pecah kulit tapak tangannya dan diapun menjaga batas-batas yang ditentukan Allah lalu berdoa menadah tangan mengharapkan Rahmat dan PertolonganNya? Semua ini akan menjadikan hati kita lebih peka dan merasai hubungan dengan Allah. 

Bagaimana pula kita nak ikhlas sekiranya kita tidak merasakan pemerhatian Allah SWT bahkan segala bisikan hati kita semuanya dalam ilmu Allah SWT. Jadi kita tidak akan mampu untuk ikhlas hanya dengan keinginan untuk ikhlas atau dengan memaksa hati kita untuk ikhlas. Tahukah kita apa yang paling istimewa dari keikhlasan yang benar? Ya, setiapkali kita berdoa Allah mendengar dan memnuhi permintaan kita, setiap kesempitan hidup Allah lapangkan jiwa kita, setiap kesukaran dan kepayahan Allah akan kuatkan jiwa kita untuk mengharungi, setiap kesedihan Allah akan bahagiakan kita dengan janji-janjiNya, setiap kelalaian kita akan ditegur Allah dengan penh kebijaksanaan kerana kita adalah hambaNya yang dikasihiNya. Boleh anda senaraikan perkara yang lebih anda hajati dari semua ini???

Oleh : Abu Umar