Selasa, 7 Disember 2010
HuKum BulU KuciNg
Hukum Bulu Kucing
Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali,bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis.Bukan setakat kucing,tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya sama ada semasa hidupnya atau selepas mati.
Binatang Yang Tidak Halal Dimakan Dagingnya
Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan dagingnya seperti kucing,monyet,musang dan sebagainya terpisah dari badannya ketika binatang itu masih hidup,maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati.Demikianlah juga anggota anggota yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai.(Muhgni al Muhtaj,Kitab al -Taharah,Bab al- Najasah,jil.1,hlm.115)
hubungannya Dengan Solat
Menurut hukum syarak,syarat sah mengerjakan solat itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian,tubuh badan dan tempat sembahyang.Oleh itu,jika terdapat bulu binatang yang dihukumkan najis pada pakaian atau badan ,maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis.Kecuali jika bulu yang najis itu sedikat,seperti sehelai atau dua helai,kerana ia dimaafkan.melainkan bulu anjing dan babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit.(Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh,jil.1,hlm.175)
IndAhNya CipTAaN ALLAH
assalamualaikum...dari mana nak mula tau..SUBHANALLAH..itulah perkataan yg keluar dari mulut ini ketika jam 6.15 pagi....apa yg kulihat pagi tu sangat indah...mak datang memanggil aku dan mak kata "kakak,kakak,mai2 tengok nie..aku pon dengan semangatnya pergi ke luar rumah..apa yang ku lihat sangat indah..indahnya ciptaan ALLAH....ku lihat banyaknya bintang di langit yang bersinar..ALLAHHU AKBAR..bintang bintang tersebut hanya berada di sebelah sahaja..ku lihat sebahagian lagi tempat tiada apa2..ada jugak 1 bintang yang sangat terang warnanya...itulah indahnya ciptaan ALLAH..
Langgan:
Catatan (Atom)