BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 2 Februari 2011

10 JENIS KETAKUTAN YG PATUT ADA PADA DIRI

10 JENIS KETAKUTAN tersebut ialah

1.  Takut mati sebelum sempat bertaubat

 2.  Takut istidraj dalam nikmat

 3.  Takut tidak beristiqamah dalam beramal

 4.  Takut kesudahan hidup yang buruk( mati dalam keadaan yg buruk)

 5.  Takut sakaratulmaut, dan yg berkatan denganna seperti azab kubur, soal jawab dalam kubur

 6.  Takut berdiri di padang Masyar

 7.  Takut Menyeberangi Siratul Mustaqim

 8.  Takut akan bahangnya Api Neraka

 9.  Takut tidak dibenarkan masuk ke dalam Syurga

10. Takut terhijab kepada Allah





KeWajIBaN SolaT BeRjEmAAh BaGi WaNiTa Di MasJiD II


Assalamualaikum wrbt….
………………….
Adakala hadith yang dikatakan mempunyai sedikit perselisihan hukum berkenaannya. Apabila  ia dibandingkan diantara kedua-dua lafaznya dan jika ia dilihat dengan sekilas pandang akan maksudnya, adakah ia benar-benar bertentangan diantara keduanya?…Hal ini merujuk kepada hadith sohih yang membicarakan berkenaan kelebihan solat berjemaah , dengan hadith yang menerangkan akan keafdhalan bagi wanita untuk solat dirumah berbanding berjemaah di masjid… Timbul perselisihan dikalangan para ulama’ dalam mengistinbatkan  hukum berkenaan hadith  tersebut…
………………………………..
Sabda Rasulullah s.a.w dari Ibni Umar r.a :
……………………..
” Solat berjemaah adalah lebih afdhal berbanding solat bersendirian, dangan 27 darjat “ Hadith riwayat Bukhari dan Muslim….
…………………….
Akan tetapi ; Apakah pengertian hadith tersebut bersifat umum bagi kaum lelaki mahupun kamu wanita ?… Dikalangan para ulama’ berselisihan pendapat  dalam membincangkan hukum berkenaan dengannya. Ada dikalangan mereka berpendapat, hadith tersebut hanya ditujukan bagi kaum lelaki yang solat berjemaah di masjid,  malah ada juga dikalangan para ulama’ yang mengatakan bahawa hadith tersebut adalah bagi mereka yang solat berjemaah tanpa berpihak kepada  kaum lelaki mahupun wanita…
………………………
Sabda rasulullah s.a.w :
…………………………..
” bahawasanya A’isyah pernah mengimami para wanita dalam solat fardhu, dan beliau berdiri diantara mereka ” Hadith riwayat Daraquthni ….
…………………………
” bahawasanya beliau ( Ummu Salamah ) mengimami para wanita, dan beliau berdiri ditengah ( saf ) ” . Hadith riwayat Al-Baihaqi …
……………………….
As-Syeikh Albani dalam mensyarahkan Hadith berkenaan A’isyah dan Ummu Salamah ( Allah redha keduanya ) yang mengimami para wanita didalam solat. Berkata As-Syeikh Albani ; ” Perbuatan ini amat baik untuk diamalkan, lebih- lebih lagi apabila ia dikaitkan dangan keumuman hadith Rasulullah bahawa ( Kelebihan atau ganjaran ) kaum wanita menyerupai kaum lelaki. Namun persamaan yang diperkatakan adalah berkenaan hal solat berjemaah bukannya didalam keutamaan atau kelebihan 27 darjat ataupun 25 darjat “.
………………………..
Para ulama’ secara mejoritinya bersependapat dalam mentafsirkan maksud hadith tersebut, dimana kelebihan 25 darjat mahupun 27 darjat adalah khusus bagi solat berjemaah di masjid… Hal ini juga turut dipersetujui oleh Al-Imam Ibn Hajar  dalam mensyarahkan hadith tersebut, kata Al-Imam Ibn Hajar Al-Asqolani ; ” malah yang paling jelas dalam memperkatakan berkenaan darjat yang disebutkan itu, ianya khusus bagi solat berjemaah di masjid “ ( Fathul Bari, J 2, m/a : 159 )…
Hal ini amat bertepatan dengan nas-nas Al-quran malah ianya disandarkan dengan hadith yang sohih yang memperkatakan tentang kelebihan bagi sesiapa yang berjalan untuk mendatangi dirinya ke masjid bagi menunaikan solat berjemaah…
……………………..
Sabda Rasulullah s.a.w dari Abi hurairah r.a :
………………….”
” Solat seorang lelaki secara berjemaah akan dilipat kaligandakan jika ia dibandingkan dangan solatnya ( seorang lelaki ) di rumah atau di pasar dengan 25 kaliganda. Dengan syarat ia berwudhu’ dangan sesempurna wudhu’, kemudian ia keluar ke masjid, dan tidaklah ia keluar melainkan untuk solat ( berjemaah ), tiadalah dikira akan setiap langkah itu, melainkan diangkat baginya darjat dan dihapuskan setiap kesalahannya ( mengikut setiap langkah ). Dan takkala ia bersolat, tidaklah baginya melainkan para malaikat berselawat keatasnya sehingga ia menyempurnakan solatnya dengan doa ; ” Ya Allah, kau berkatilah keatasnya, dan kau rahmatilah dia “. sehingga ia menyempurnakan solatnya dan sebagaimana ia menunggu solat”. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim…
……………………..
Dengan demikian, dikalangan para ulama’ dalam memperbahaskan berkenaan maksud hadith tersebut, tidaklah mereka memasukkan akan kelebihan solat berjemaah bagi wanita termasuk dalam kelebihan atau ganjaran 25 darjat mahupun 27 darjat. Akan tetapi, baginya kelebihan yang tersendiri baik ia bersolat berjemaah mahupun sebaliknya  di rumah jika  ia dibandingkan dengan solatnya di masjid ( bagi wanita )…
……………………
wallahhu Ta’la a’lam…
……………………..
” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah  (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “
Surah An-Nisaa’ : 59 .

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat. 
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab. 
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq. 
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat. 
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."


sumber-Mohd Tsunami- CintaAllahCintaAbadi@groups.facebook.com

Seorang hamba Allah pernah bertanya kepada seorang tokoh Zionis yang namanya  tak berapa ingat.

Hamba Allah itu tanya, Zionis tak takut ke kacau orang Islam, orang Islam ada Al-Quran?

Maka dijawab tokoh Yahudi itu, orang Islam bukan baca pun Al-Quran.

Hamba Allah itu tanya lagi, kalau mereka baca?

Maka dijawab tokoh Yahudi itu, diorang bukan faham pun.

Hamba Allah itu tanya lagi, kalau diorang faham?

Maka dijawab tokoh Yahudi itu, diorang tak amalkan apa yang diorang faham. Jadi nak takut apa?


sumber-Suhail Dzohri-facebook-cinta ALLAH cinta abadi

Masyitah direbus hidup2 kerana cinta kpda ALLAH

Barangsiapa yang ingkar akan diseksa dan dibunuh. Begitulah kejamnya Firaun dan kerajaannya. Namun begitu terdapat beberapa orang yang telah sedar dan beriman kepada Allah di antaranya Siti Asiah, isteri Firaun dan keluarga Masyitah. Masiytah adalah pelayan raja dan lebih terkenal sebagai tukang sisir Firaun. Mereka terpaksa menyembunyikan iman mereka kepada Allah agar dengan itu mereka tidak diganggu.

Tetapi pada suatu hari, sewaktu Masyitah sedang menyisir rambut salah seorang daripada puteri Firaun,tiba-tiba sisir itu terjatuh dan dia dengan tidak sengaja melatah dan menyebut "Allah". Puteri tersebut apabila mendengar perkataan "Allah", dia pun bertanya kepada Masyitah siapakah "Allah" itu. Masyitah pada mulanya enggan untuk menjawab pertanyaan itu tetapi setelah didesak berkali-kali, Masyitah memberitahu bahawa Allah itu adalah Tuhan yang Esa dan Tuhan sekalian alam.

Puteri itu dengan serta merta mengadu pada Firaun akan hal Masyitah itu. Dan Firaun agak terperanjat bila mendengar Masyitah menyembah Tuhan selain daripadanya. Maka Firaun dengan kekuasaan yang ada padanya telah memerintahkan menterinya yang bernama Hamman untuk membunuh Masyitah dan kaum keluarganya yang telah menyembah Allah. Firaun sedikit pun tidak mengenang jasa Masyitah terhadap keluarganya.

Selain menjadi tukang sisir, Masyitah juga mengasuh dan menguruskan istana Firaun. Tetapi tanpa siasat dan kejam Firaun menjatuhkan hukuman kepada Masyitah. Inilah masanya untuk menguji Masyitah, seorang wanita yang lemah fizikalnya tetapi memiliki kekuatan jiwa yang luar biasa. Beliau dengan lapang dada menerima apa sahaja yang hendak dilakukan oleh manusia yang tidak berhati perut itu. Hamman telah memaksa pengawal-pengawalnya untuk menyediakan sebuah kawah yang besar untuk untuk mencampakkan Masyitah dan keluarganya yang ingkar dengan Firaun seandainya mereka tidak mahu kembali kepada Firaun.

Masyitah bersama dengan suami dan empat orang anaknya termasuk seorang anaknya yang masih bayi dihadapkan ke hadapan Firaun untuk diberi kata dua sama ada hendak menyembah Firaun atau dicampakkan ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih. Maka dengan tegas Masyitah dan suaminya tetap mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah itulah Tuhan yang Esa dan Firaun hanyalah manusia biasa.

Dengan keputusan itu,Hamman dengan tiada rasa peri kemanusiaan mencampak satu persatu keluarga Masyitah ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih sambil ketawa terbahak-bahak dengan nada yang menyindir,Hamman mencampakkan suami Masyitah dahulu diikuti dengan anak-anaknya yang lain. Masyitah melihat sendiri dengan mata kepalanya bagaimana anak-anaknya terkapai-kapai di dalam air yang panas menggelegak itu. Kini tinggal Masyitah dan bayinya yang akan dicampakkan ke dalam kawah tersebut.

Syaitan membisikkan ke telinga Masyitah rasa was-was dan kasihan melihat anak-anaknya yang masih kecil itu diseksa sedemikian rupa. Masyitah mula ragu-ragu sama ada hendak terjun ataupun tidak. Tetapi dengan kekuasaan Allah,tiba-tiba anak yang masih baik itu berkata-kata dengan ibunya, Masyitah:

"Wahai ibu,marilah kita menyusul ayah,sesungguhnya syurga sedang menanti kita."

Bila mendengar kata-kata yang sangat ajaib dari anaknya yang masih bayi itu, dengan rasa kehambaan dan cinta kepada Allah, Masyitah terjun bersama anaknya ke dalam kawah yang berisi air panas itu dan matilah mereka sekeluarga demi mempertahankan iman mereka kepada Allah. Tetapi Allah tidak membiarkan manusia berbuat durjana sesuka hati. Allah datangkan kepada Firaun, Hamman dan para pengawalnya yang membunuh Masyitah dengan azab seksa yang sangat pedih.

Allah runtuhkan kerajaan Firaun dan Hamman mati di dalam runtuhan tersebut. Tentera dan para pengawalnya ditenggelamkan di dalam dasar laut. Mereka mati di dalam keadaan kafir. Sebaliknya Masyitah sekeluarga mati di dalam keadaan yang mulia dan bahagia di dalam syurga. Sewaktu Rasulullah s.a.w Isra' dan Mikraj,baginda telah melalui sebuah maqam. Dan maqam itu sangat wangi dengan bau kasturi.

Lantas Rasulullah s.a.w bertanya kepada Jibril yang mengiringinya,maka jawab Jibril a.s :

"Itulah maqam Masyitah,salah seorang wanita penghulu syurga."

Begitulah keistimewaan yang Allah berikan kepada Masyitah. Walaupun tubuhnya dan tubuh keluarganya hancur, namun di sisi Allah mereka sangat mulia. Wahai wanita yang mukmin, bersabarlah menghadapi hidup di dunia ini. Kesusahan dan kekurangan, kata nista manusia dan kejian di dalam membangunkan Islam itu hanyalah sementara. Bersabarlah dan tenangkan hati dengan banyak mengadu dan mengharapkan keredhaan Allah.

Kuatkan imam dan sematkan di dalam hati kecintaan kepada Allah dan Rasul itu melebihi dari segalanya. Patuh dan taat akan perintah suami, didik anak-anak dengan Islam.InsyaAllah kita akan selamat di dunia dan akhirat.Marilah sama-sama mencontohi Masyitah yang sanggup mengorbankan nyawanya dan nyawa keluarganya demi mendapatkan cinta kepada Allah.

Sumber: Buku Panduan Menjadi Wanita Solehah Terbitan Jahabersa