BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 28 Disember 2010

Hukum Memakan Daging Haiwan Mamalia Maun (Mamalia Hebivor) Menurut Islam


Dalam ajaran Islam terdapatnya beberapa spesifikasi dalam memakan Daging Haiwan Mamalia Maun (Mamalia Hebivor), berikutan perintahAllah untuk manusia menikmati daging-daging haiwan yang mempunyai nilai spesifikasi kehalalannya yang besar.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maaidah ayat ke 3-5 yang bermaksud: “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah), daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya), dan diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah), (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini) orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah-Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barangsiapa terpaksa) kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
“Mereka menanyakan kepadamu: “Apakah yang dihalalkan bagi mereka?”. Katakanlah: “Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatihnya untuk berburu, kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu), maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untuk mu), dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepaskannya)) Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya (perhitungan-Nya).”
Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal pula bagi mereka. (Dan dihalalkan mengahwini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan) di antara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al-Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar mas kahwin(mihar), mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik. Barangsiapa yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam) maka hapuslah amalannya dan ia di hari akhirat termasuk orang-orang merugi. Firman Allah SWT dalam Al-Quran Surah At-Thur ayat ke-22,
“Dan Kami beri mereka tambahan dengan buah-buahan dan daging dari segala jenis yang mereka ingini”.
Ayat ini menunjukkan bahawa Allah SWT akan memberi nikmat tambahan buah-buahan dan daging kepada para penghuni Syurga.
Nabi Muhammad SAW pula pernah bersabda yang berbunyi; Dari Abi Dardaa’ RA, dari Rasulullah SAW, Baginda bersabda: “Makanan terbaik penduduk dunia dan penghuni Syurga adalah daging”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah).
Banyak pendapat yang telah dikemukakan oleh para Ulama Salaf tentang keutamaan daging dan memakannya. Misalnya, Az-Zuhry berkata memakan daging, menambah 70 macam kekuatan.Manakala Muhammad bin Wasi pula berpendapat memakan daging menambah ketajaman mata. Saidina Ali bin Abi Talib pula pernah berkata: “Makan daginglah(wahai sekalian)kamu. Kerana yang demikian itu menjernihkan (mencerahkan) warna kulit, mengecilkan perut dan memperbaiki tingkah laku”. Selain itu, Ali juga berkata “Barangsiapa yang meninggalkan memakan daging selam 40 hari (berturut-turut), maka akan buruklah tingkah laku (perangainya). Nafi’ pula pernah berkata bahawasanya Ibnu Umar jika dalam bulan Ramadhan, (beliau) tidak pernah lupa untuk memakan daging, demikian juga ketika dalam Musaffir (perjalanan jauh dengan tujuan membuat amal kebaikan).
Bagi merungkai permasalahan berkaitan hukum memakan daging mamalia maun (mamalia herbivor) ini dalam aspek kebaikan dan keburukannya, sila lihat subtopik di bawah;

Daging Kambing Biri-biri/ Kibas

Terdapatnya manfaat dari memakan daging kambing biri-biri, misalnya menambah kuantiti darah, memperkuatkan sistem pencernaan, menaikkan suhu badan yakni ketika tubuh dalam keadaan dingin, menguatkan sistem tubuh badan khususnya pada para olahragawan dan memperkuatkan daya ingatan.
Daging kambing biri-biri jantan (kulitnya yang berwarna hitam) mempunyai sifat daging yang lebih halus dan lazat. Mengikut kajian para Ilmuan Islam, bahagian sumsum tulang, daging rusuk kanan hadapan(berdekataan tulang rusuk/sangkar rusuk) kambing biri-biri mempunyai nilai kualiti daging yang lebih baik dan berkhasiat berbanding daging rusuk kirinya. Akan tetapi, daging punggung dan peha kaki kanan adalah lebih mengenyangkan dan lebih mudah dicerna oleh perut.
Sabda Rasulullah SAW,; “Ambillah daging(kambing biri-biri itu) sebelah depan. Jauhilah daging kepala dan perut, kerana penyakit terletak disitu”.

[sunting]Daging Kambing Kacang

Kambing kacang atau kambing kampung domestik (Capra aegagrus hircus) merupakan sub spesies dari jenis kambing liar yang berasal dariBarat Daya AsiaTimur Tengah dan Eropah Timur. Jenis kambing ini adalah dari kumpulan keluarga Bovidae dan ia mempunyai hubung kait dengan kambing biri-biri hasil kacukan kambing-antelope dari sub keluarga Caprinae. Ia juga adalah ras unggul kambing yang pertama kali dikembangkan di Indonesia. Badannya kecil. Tinggi gumba pada jantan adalah berukuran 60 sentimeter hingga 65 sentimeter, sedangkan yang betina 56 sentimeter. Bobot pada yang jantan boleh mencapai 25 kilogram, sedangkan yang betina boleh mencecah berat sehingga 20 kilogram. Telinganya tegak, berbulu lurus dan pendek. Baik betina mahupun jantan, ia memiliki dua tanduk yang pendek.
Daging Kambing Kacang pada azalinya adalah amat sulit (sukar) untuk dicerna dalam perut, dagingnya juga bersifat kering dan liat. Jika dimakan dengan terlalu banyak, ia mampu menyebabkan seseorang itu mudah lupa dan mampu merosakkan sel darah merah. Namun demikian, kekurangan ini tidaklah berlaku meluas dikalangan masyarakat umum yang memakannya, kekurangan ini biasanya mudah menyerang kepada jenis orang yang mempunyai sistem pencernaan yang lemah.

[sunting]Daging Lembu atau Sapi

Daging lembu/sapi atau kerbau serta yang sekeluarga dengannya, sebenarnya pada azali memang sulit dan sukar untuk dicernai.Ia sebenarnya tidak baik untuk dimakan umum kecuali kepada orang yang sangat kuat akan pekerjaannya dan orang yang dalam profesion pekerjaannya memerlukan banyak tenaga tambahan. Mengikut kajian para professional perubatan, memakan daging lembu/sapi atau kerbau seumpamanya boleh mengakibatkan penyakit kanser, penyakit lepra, penyakit demam campak, penyakit kaki gajah (Elephant Foot Disease), penyakit waswas serta memudahkan pembekuan darah yang mampu menyebabkan pembengkakan yang kronik.
Ini semua berlaku apabila daging lembu yang dimakan tidak dicampurkan dengan rempah-ratus yang mampu mengatasi masalah ini daripada berlaku misalnya cili, lada putih/hitam, bawang putih, bawang merah, jintan, kayu manis, ketumbar, halia dan lain-lain. Selain itu, daging yang hendak dimasak adalah disarankan untuk direbuskan terlebih dahulu bagi membenarkan struktur daging tersebut menjadi lembut dan mudah untuk dikunyah dan dicerna.
Kepada peminat daging lembu adalah disarankan untuk memakan daging anak lembu kerana adalah lebih baik dari lembu dewasa selain ia mempunyai struktur daging yang lembut, berkhasiat, lazat dan mudah dicerna dengan baik.

[sunting]Daging Kuda

Daging kuda adalah halal dimakan, tetapi ia lebih banyak mendatangkan kemudaratannya daripada kebaikan. Daging kuda tidak baik dimakan oleh orang yang sihat kerana dagingnya bersifat amat kering lagi panas dan dikhuatiri merbahaya pada tubuh yang sihat.
Berkenaan dengan Daging kuda, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda;
“Dari Asma RA, ia berkata: “Kami menyembelih kuda, lalu kami makan. Itu masa hidupnya Rasulullah SAW”. Dan juga dari Nabi SAW, bahawasanya baginda mengizinkan (memakan) daging kuda dan baginda melarang (memakan) daging keldai (dari jenis peliharaan)”.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim). (Asy-Syaikhan)
Adapun begitu, sesetengah ahli Ulama Fuqaha hanya membenarkan setengah bahagian dari tubuh kuda yang disembelih itu sahaja boleh dimakan, manakala setengah bahagian tubuhnya yang lain perlulah ditinggalkan.WaAllahuA’lam Bissowab.

[sunting]Daging Unta

Daging anak unta adalah lebih harum dan lebih lazat untuk dimakan dan ia mengenyangkan, sama seperti daging kambing biri-biri/kibas. Akan tetapi, sebagaimana pandangan umum tentang daging unta, sebahagian doctor melarang memakannya dengan alas an daging unta adalah suatu jenis daging yang panas, kering serta susah dicerna dengan baik dalam perut serta mampu menimbulkan beberapa komplikasi kesihatan yang kronik seperti penyakit campak yang kronik.
Maka kerana itu, tidak hairanlah bahawa pada awalnya Rasulullah sendiri pernah mengajar apabila seseorang itu selesai memakan daging unta maka hendaklah dia berwuduk.
Unta merupakan haiwan sembelihan yang kedua terpenting selepas kambing biri-biri/kibas di kebanyakan Negara Islam yang terletak di sekitar Jazirah Semenanjung Tanah Arab, Negara-negara Sahara Afrika Utara, Negara-negara Timur Tengah dan Timur Mandeteranian khususnya untuk dijadikan haiwan sembelihan jual belisedekahkorban dan aqiqah.

[sunting]Daging Kijang

Daging kijang mempunyai kelebihan yang tersendiri, misalnya, ketika seseorang yang basah kuyup akibat basah air hujan atau peluh sedangkan ia tidak dijumpainya kain pengering maka antara cara yang boleh dianggap berkesan adalah dengan memakan daging Kijang, ini kerana daging Kijang mempunyai suatu kelebihan yakni menjadi agen pengering kulit bagi seseorang manusia yang memakannya. Ia juga mampu merawat penyakit kebasahan kulit yakni kepada seseorang yang selalu berpeluh dan kulitnya sentiasa menitiskan air walaupun bukan dalam kepanasan.
Menerusi pengarang Kitab Al-Qaanuun ada memerihalkan bahawa sebaik-baik daging binatang liar adalah daging Kijang.

[sunting]Daging Arnab

Daging arnab adalah halal dimakan, sama seperti haiwan mamalia maun (mamalia herbivore) yang telah dibincangkan sebelum ini. Daging arnab amat sesuai untuk menghangatkan badan serta mengeringkan badan.Manakala, bahagian daging arnab yang terbaik adalah daging di pangkal pehanya yang sebelah kanan. Dengan memakan daging arnab, seseorang boleh mendapat struktur perut yang lebih kecil (perut yang kecil mampu mengawal pengambilan bahan makanan yang terlalu banyak sekaligus mengurangkan risiko obesiti (berat badan melampau) serta kencing manis).Pengambilan daging arnab yang terkawal juga boleh melancarkan aliran air kencing dan menghancurkan batu karang pada salur dan pundi kencing. Pengambilan daging arnab di bahagian kepalanya secara terkawal mampu menjadi penawar kepada seseorang yang mengalami penyakit menggeletar.
Berikut adalah maksud sepotong Hadis berkenaan kebolehan memakan daging arnab;
Dari Annas bin Malik RA, ia berkata: “Meloncati kami seekor arnab, maka mereka berusaha mengejarnya dan berhasil menangkapnya. LaluAbu Talhah mengirimkan pangkal pehanya (arnab itu) kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda menerimanya”.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)(Asy-Syaikhan)

[sunting]Daging Keldai Liar

Daging Keldai Liar adalah berlainan dengan daging keldai belaan dan tunggangan biasa, ianya lebih panas, kering, mengenyangkan dan mampu menambah kuantiti darah.
Hadis Rasulullah tentang kebenaran memakan daging keldai;
Dari Abu Qatadah RA, bahawasanya mereka bersama-sama Rasulullah SAW pada (waktu)sebahagian Umrah. Abu Qatadah memburu keldai liar, lalu Rasulullah SAW menyuruh mereka memakannya(daging keldai buruan itu), sedangkan mereka sedang melakukan Ihram. Abu Qatadah sendiri tidak turut melakukan Ihram”.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)(Asy-Syaikhan)
Dari Jabir bin Abdillah RA, ia berkata; “Pada waktu Perang Khaibar, kami memakan daging kuda dan (daging) keldai liar (yang bukan dari peliharaan)”.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

p.s: Berdasarkan penyataan hadis diatas, jelaslah bahawa Nabi Muhammad SAW membenarkan umat Islam untuk memakan daging Keldai Liar (bukan dari jenis belaan/ tunggangan). Abu Qatadah yang memburu keldai liar ketika itu tidaklah ia berada dalam Ihram kerana, orang yang masih dalam Ihram adalah dilarang untuk memburu. Tetapi memakan daging haiwan buruan yang halal adalah dibolehkan kepada orang yang memburu ataupun tidak memburu samaada ianya dalam keadaan berIhram ataupun tidak.

[sunting]Daging Rusa

Daging Rusa adalah halal apabila disembelih dengan nama Allah sama seperti semua daging haiwan Halal yang lain. Daging rusa merupakan salah satu daging binatang buruan yang baik. Mengikut para penyelidik dan para professional dalam bidang nutrisi makanan, daging rusa dilihat mempunyai daya toleransi yang cukup baik dan harmoni dengan anggota tubuh dalaman dan luaran manusia.
Namun begitu, mengikut ketetapan yang dikeluarkan oleh Muzakkarah JawatanKuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia kali ke-32 yang bertarikh 10-11 Jun 1993, Rusa adalah tidak diwajibkan untuk dijadikan bayaran zakat dan tidak boleh dijadikan binatang korban dan aqiqah. Rusa hanya boleh dijadikan bahan sembelihan halal untuk tujuan jual beli ataupun sebagai bahan makanan tambahan.

[sunting]Daging Kancil

Kancil (bahasa Inggeris: Lesser Mousedeer) ialah spesies yang paling kecil antara hanya empat spesies yang masih wujud dalam familiTragulidae serta infraorder Tragulina. Panjangnya yang hanya berukuran 45 sentimeter, dengan berat sebanyak dua kilogram, menyebabkannya merupakan salah satu ungulat yang paling kecil. Kancil suka akan hutan yang berbatu-batan dan terdapat di hutan tropikaAsia Tenggara. Nama saintifiknya Tragulus javatticus.
Famili Tragulidae amat meluas antara Epok Oligosen (34 juta tahun dahulu) hingga Epok Miosen (kira-kira 5 juta tahun dahulu) tetapi hampir tidak bertukar sejak masa itu dan oleh itu, merupakan satu famili haiwan ruminan yang primitif. Famili ini mempunyai perut empat kebuk untuk menapaikan makanan tumbuhan yang susah cerna, tetapi keluk ketiga tidak berkembang dengan sempurna. Serupa dengan spesies-spesies lain dalam famili Tragulidae, kancil tidak mempunyai tanduk, dan kakinya pendek dan kurus.
Kancil adalah antara haiwan halal dimakan dalam Islam apabila cara penyembelihannya sempurna mengikut syariat Islamiah. Dagingnya berakhasiat serta lembut. Daging kancil yang enak adalah dari daging yang berasal dari kancil liar yang hidup melata di hutan belantara tropika.

[sunting]Daging Anak Kambing dalam Perut Ibunya

Memakan daging anak kambing atau mana-mana anak binatang ternakan yang lain yang masih berada dalam kandungan ibunya adalah tidak baik dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang teruk jika berterusan memakannya. Hal ini disebabkan terdapatnya banyak darah kotor yang tertahan didalamnya.
Namun demikian, hukum memakannya adalah tidak haram malah Halal.
Para sahabat pernah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Ya Rasulullah! Kami menyembelih seekor kambing, lalu kami temukan didalam perutnya seekor anak kambing yang masih berupa janin. Bolehkah kami memakannya?” Lalu Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud:
“Makanlah kamu jika kamu mahu. Sesungguhnya sembelihannya adalah (tergantung) sembelihan ibunya”.
Maka, kerana ibunya telah disembelih terlebih dahulu yang bererti halal dimakan maka janin kambing itu juga halal untuk dimakan, tetapi si pemakan perlu sentiasa berwaspada agar, janin haiwan halal yang hendak dimakan itu tidaklah dalam keadaan kotor dan menjijikkan serta jika dimakan janin itu perlulah dalam keadaan terhad sahaja tidak melebih-lebih, cukup sekadar keperluan diri untuk meneruskan kehidupan yang baik dan sempurna.

[sunting]Daging Dhab

Dhab atau Biawak Padang Pasir (Dessert Iguana) bukanlah suatu haiwan yang dikategorikan sebagai haiwan mamalia maun (mamalia herbivore), hal ini kerana Dhab merupakan sejenis haiwan reptilia, Dhab mempunyai diet makanan seperti belalang dan serangga padang pasir (Oasis insects).Namun begitu darah dhab bukanlah dari jenis yang sejuk kerana tatahidupnya mesti sering bergantungan dengan keadaan suhu panas padang pasir. Walaupun ia adalah dari keluarga reptilia, namun begitu ia satu-satunya haiwan dari jenis itu yang halal dimakan dalam Islam. Hal ini seperti yang diperihalkan dalam Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
Dari Ibnu Abbas RA, ia berkata: “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya orang tentang daging dhab, ketika dihidangkan kepadanya dan ia tidak memakannya: “Apakah ia (daging dhab) haram?”, Maka Baginda menjawab: “Tidak, akan tetapi tidak ada (binatang dhab) di daerahku (Makkah dan Madinah serta kawasan sekitarnya), maka aku merasa jijik”. Maka sejurus itu sahabat yang mendengar penyataan Nabi tadi pun merasa lega, mereka semua menjamah masakan daging dhab, Nabi Muhammad SAW hanya memandang apa yang mereka makan.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)(Asy-Syaikhan).

Mengikut catatan dari Pengarang Kitab “Al-Qaanuun” berkata: “Barangsiapa yang memakan darah mahupun daging katak, pada badannya akan tumbuh bintil dan membengkak, warna kulitnya menjadi suram (gelap) dan air maninya akan tertumpah terus sehingga akhir hayatnya.Kerana itulah memakan katak adalah haram. Para ahli perubatan moden pun kini turut mengelakkan bahan mentah yang berasal dari katak digunakan sebagai vaksin penyembuh atau ubat, kerana ia takut kemudharatan akan hadir apabila terus digunakan. Katak juga mempunyai kadar racun yang amat berbahaya. Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katakbuayaanjing laut,singa laut,ular darat mahupun ular airkomodobiawak air dan seumpamanya(amfibia dan reptilia) adalah haram untuk dimakan dalam Islam kerana ianya beracun, hidup dua alam, bertaring dan memakan daging dengan kasarnya. Ketam yang hidup dua alam seperti jenis [[Ketam Batu,Ketam Nipah dan Ketam Hijau adalah haram dimakan kerana ianya menetap secara dua alam dan beracun.

KucIng


Kucing (Jawi:Ú©ÙˆÚ†ÙŠÚ  ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar AfrikaFelis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.
Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.
Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.

Kucing dan Islam

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."
Diriwayatkan dari Dawud bin
Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.
Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.

  








Kucing
frames
Pengelasan saintifik
Alam:Haiwan
Filum:Kordata
Kelas:Mamalia
Order:Karnivor
Famili:[[]]
Genus:Felis
Spesies:Felis silvestris catu