BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 31 Disember 2010

CINTA tetamu HATI...... by ستي خديجة on Saturday, January 1, 2011 at 10:12am

Duhai saudara -saudara. Cinta itu di dalam hati, bagaikan kita punyai sebuah rumah. Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu. Ada yang baik dan ada yang buruk. Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan, kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN, diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan. Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku. Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...    
"Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam).......... "(Al-Fat-h:29)


Dan ketahuilah duhai saudara-saudaraku. Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan. Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu, mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu. Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu.


Kau gembira mendengarkannya. Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu. Apa yang akan kau lakukan ???menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui. Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???Sekalipun hatimu berat.


Pintalah sang CINTA itu pulang. Beritahulah kepadanya "Maafkan aku". Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku. Kerana, aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya. AgarTAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTAku, yang Maha Pengasih.


Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku. Agar hilanglah gelisahmu,reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandangwarna-warna IMAN yang indah berseri. Terang dan menerangi. Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku. Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku.


Kau tahu wahai CINTA ???Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......

"Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, ........."(Al-Hasyr:9)

Duhai saudara-saudara. Sungguh cinta itu indah, namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia.


Cintailah ALLAH...Yang sentiasa mencintaimu,memeliharamu dan mengasihimu...Saat mereka bertanya...Mengapa kau mencintaiALLAH ?


Katakanlah wahai saudara-saudaraku. Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku, memeliharaku dalam rahim bondaku,kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku. Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku. Dan mengukuhkan tulangku. Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku, tutur bicara mulutku.


Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH. Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya. Hidup dan matiku. Segalanya untukNya. "CINTA ALLAH CINTA ABADI"

CintaAllahCintaAbadi@groups.facebook.com

tIpS mSakAn

Merancang Hidangan
Rancang menu hidangan untuk keluarga :
.
� Hidangkan masakan yang mudah disediakan tetapi menarik dan menyelerakan.
� Sediakan hidangan yang menggunakan campuran pelbagai jenis bahan makanan.
� Gunakan cara memasak yang mengekalkan warna dan rasa asal makanan.
� Hidangkan makanan yang baru dimasak.
� Hidangkan makanan bersama-sama campuran ulam-ulam dan hidangan sayur-sayuran yang segar bersama-sama buah-buahan segar yang beranika warna dan bentuk.

Rancangkan supaya hidangan disediakan pelbagai cara. Ini termasuk memangang, mengukus, merebus dan memanggang, mengukus, merebus dan menggoreng tanpa minyak. Kurangkan hidangan bergoreng terutamanya yang disaluti tepung.

Gunakan air limau nipis atau kasturi untuk menambah kelazatan makanan yang dipanggang atau dikukus. Utamakan buah-buahan sebagai pembasuh mulut. Hidangan jus buah-buahan segar atau air kosong untuk mengantikan minuman manis.

Bahagikan hidangan makanan mengikut waktu makan sepanjang hari:
� Utamakan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
� Rancang waktu mengikut waktu biasa.
� Jika mengambil makanan ringan, pastikan ia dimakan dua jam sebelum waktu makan utama.
� Sajikan makanan mengikut saiz hidangan yang sesuai dengan keperluan untuk mengelak pengambilan makanan yang berlebihan. 

Menyediakan Hidangan Yang Sihat
� Cara menyedia dan memasak makanan yang bijak boleh membuat sesuatu hidangan itu lebih berkhasiat :
� Buangkan lemak daging dan kulit ayam.

� Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran segar sebelum dimakan. Elakkan daripada merendam buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir.

� Elakkan daripada memotong atau menghiris kecil buah-buahan dan daun sayur-sayuran.

� Rebus ubi kentang dan keledek bersama kulit setelah dibersihkan.

� Gunakan air cuma sebanyak yang mencukupi apabila menyediakan masakan sup atau makanan berkuah.

� Tentukan air telah mendidih atau minyak adalah panas apabila memasukkan makanan untuk dimasak.

� Elakkan memasak terlalu lama untuk mengekalkan warna dan bentuk sayur-sayuran. Masukkan bahagian-bahagian sayur yang lebih keras dahulu.

� Tutup kuali atau periuk apabila memasak sayur-sayuran untuk mengelak kehilangan vitamin. menutup kuali atau periuk apabila mengoreng tanpa minyak memendekkan masa memasak dan mengekalkan khasiat sayur-sayuran.

� Kurangkan penggunaan garam, kicap, sos, bahan perisa dan soda. Sebaliknya gunakan air rebusan ayam, daging, ikan bilis dan sayur-sayuran.

� Kurangkan kandungan lemak sup dengan membuang lapisan minyak yang beku setelah disimpan dalam peti sejuk.

� Elakan daripada menggunakan minyak masak yang telah bertukar warna setelah dipanaskan kepada suhu tinggi bagi jangkamasa yang sama.

� Bahan makanan yang mudah rosak serperti daging, ayam, ikan, susu, telur dan makanan yang telah dimasak perlu disimpan pada suhu yang rendah di dalam peti ais sebelum digunakan. Potong daging dan ayam mengikut amaun yang diperlukan untuk satu masakan sebelum dibekukan. Membeku semula makanan yang telah dicairkan boleh menyebabkan makanan menjadi rosak dan mengakibatkan keracunan makanan.


Ayuh Bersatu


Ayuh Bersatu

alt
Ketika Saidina Ali mengetuai kerajaan Islam, ramai kumpulan orang Islam yang keluar dari pemerintahannya kerana merasakan kepimpinan beliau tidak betul dan salah. Suatu hari seorang sahabatnya bertanyakan soalan tentang golongan tersebut.
"Ya Amirul Mukminin kafirkah mereka?"
"Tidak, kerana mereka mengucap kalimah tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, sedangkan orang kafir mendustakannya."
"Munafikkah mereka?"
"Tidak, kerana mereka mendirikan solat, sedangkan orang yang munafik mendirikan solat dalam keadaan yang malas."
"Maka siapakah mereka?"
"Mereka itu saudara kita, cuma mereka bukan sekumpulan dengan kita. Hadapilah mereka jika mereka menyerang kita, tetapi berpalinglah dari mereka jika mereka tidak mengganggu kita."
MasyaAllah sangat indah kata-kata yang dilafazkan oleh Khulafa' Al-Rasyidin yang terakhir ini. Kata-kata ini bagaikan satu penyelesaian di atas perbalahan yang berlaku di dalam dunia Islam sekarang.
Berbilang-bilang Jamaah
Realiti perjuangan Islam di Malaysia ini banyak mendedahkan kita dengan situasi taadud jamaah (kepelbagaian gerakan yang memeperjuangkan Islam), jika dibilang, lebih dari sepuluh yang sudah didaftarkan samada menjadi NGO ataupun parti politik. Contohnya PAS, IKRAM, ISMA, HALUAN, ABIM dan lain-lain. Itu belum termasuk jamaah yang tidak didaftarkan secara sah dengan kerajaan dan hanya bergerak di bawah tanah sahaja.
Biarlah banyak manapun jamaah yang ada hakikatnya kita semua mempunyai satu tujuan yang sangat besar, iaitu untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam di atas muka bumi ini.
Tetapi, kebelakangan ini kita sering terdengar tentang banyak berlaku pertelingkahan di antara jamaah sehingga fokus yang ditetapkan oleh setiap jamaah ditinggalkan kerana lebih banyak masa dan tenaga digunakan untuk memenangkan jamaah masing-masing dan bukannya memenangkan Islam.
Akhlak Kita Yang Ditarbiyyah
Sebagai seorang ahli gerakan yang ditarbiyyah dengan sistematik dan mempunyai manhaj yang jelas, kita seharusnya faham dengan realiti ini dan seharusnya lebih matang dalam mengendalikan isu-isu sedemikian.
Bukankah Imam Hasan al-Banna sudahpun berpesan kepada kita tentang perkara ini di dalam Arkanul Baiah (rukun-rukun komitmen terhadap perjuangan Islam) yang pertama iaitu al-fahmu (faham). Dalam penjelasannya, beliau banyak menyatukan hati-hati orang mukmin ini agar sentiasa berada pada landasan yang benar supaya pembaziran tenaga tidak berlaku kerana perbalahan yang timbul dek kerana hal-hal yang furu' (perkara cabang) dan tidak meningkatkan amal.
Ukhuwah
Sesungguhnya darjat ukhuwah yang paling rendah adalah berlapang dada terhadap shabat lain dan tingkatan tertinggi adalah ithar, iaitu mengutamakan sahabat lebih dari diri sendiri.
Nah, cuba tanya kembali dimanakah darjat ukhuwah kita sesama Islam? Adakah masih ada di dalam lingkungan ukhuwah yang dimaksudkan, ataupun sudah jauh lari kerana kepura-puraan.
Sikap Taksub
Kadang-kadang kerana taksub terhadap jamaah menjadikan kita hilang punca dan arah tuju yang sebenarnya. Adakah kita berintima' (memberikan komitmen) di dalam jamaah ini semata-mata kerana jamaah atau kerana ingin menegakkan agama Allah?
Betul, memilih jamaah yang terbaik perlu untuk kita merasa yakin dalam perjuangan ini, tetapi itu tidak bermaksud kita boleh sewenang-wenangnya mengatakan jamaah lain salah dan hanya jamaah kita sahaja yang betul.
Sebaliknya kita perlulah menyedari tentang peranan jamaah yang berbeza-beza. Hiduplah seperti satu tubuh yang saling lengkap melengkapi diantara satu dengan yang lain. Andai anggota lain hilang, maka ia akan menyulitkan pergerakan anggota yang lain.
Dalam Naungan Mahabbah
Islam menganjurkan kita bersederhana di dalam melakukan setiap perbuatan. Jangan terlalu melampau dan jangan pula terlalu sedikit melakukan amalan. Marilah bersatu di dalam naungan rasa mahabbah dan kasih sayang. Andai kata ada yang silap, perlulah ditegur dengan penuh hikmah dan perlulah sentiasa siap untuk ditegur semula.
Jalan perjuangan ini memerlukan orang yang benar-benar ikhlas dan kita pasti tidak terlepas daripada tapisan Allah. Berjuanglah di medan masing-masing, andaikata seorang rebah, maka papahlah ia bersama menuju ke destinasi.

Setulus Cinta Nabi Muhammad


Setulus Cinta Nabi Muhammad

alt
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap, Rasulullah s.a.w. dengan suara terbatas memberikan kutbah.
"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.
Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan risau, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengadu. Fatimah terpejam. Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku (peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.)"
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii.. (Umatku, umatku, umatku).."
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai seperti Baginda mencintai kita? Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Sahabat-sahabat muslim sekalian, marilah kita renungkan kembali pengorbanan Rasulullah kepada umatnya, betapanya cintanya Rasulullah kepada umatnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.
Pernahkah kita menangis untuk Rasulullah s.a.w? Sedangkan di akhir hayat baginda menangis kerana kita. Renungkanlah...