BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 7 Disember 2010

HuKum BulU KuciNg

Hukum Bulu Kucing

Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali,bulu kucing  yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis.Bukan setakat kucing,tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya sama ada semasa hidupnya atau selepas mati.

Binatang Yang Tidak Halal Dimakan Dagingnya
Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan dagingnya seperti kucing,monyet,musang dan sebagainya terpisah dari badannya ketika binatang itu masih hidup,maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati.Demikianlah juga anggota anggota yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai.(Muhgni al Muhtaj,Kitab al -Taharah,Bab al- Najasah,jil.1,hlm.115)

hubungannya Dengan Solat
Menurut hukum syarak,syarat sah mengerjakan solat itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian,tubuh badan dan tempat sembahyang.Oleh itu,jika terdapat bulu binatang yang dihukumkan najis pada pakaian atau badan ,maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis.Kecuali jika bulu yang najis itu sedikat,seperti sehelai atau dua helai,kerana ia dimaafkan.melainkan bulu anjing dan babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit.(Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh,jil.1,hlm.175)

0 ulasan: