BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 30 April 2011

SENARAI BARANGAN YANG MEMPUNYAI UNSUR BABI DAN ALKOHOL

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf/0/19a78d105d1d060848256c540083aeb8?OpenDocument
1. JAKIM mengucapkan terima kasih kerana mengingatkan orang ramai khususnya pengguna Muslim tentang pemilihan barang makanan.
2. Isu yang dikemukakan oleh puan di atas adalah isu lama dan dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, kerana apabila pihak JAKIM membuat siasatan nama mereka yang dikaitkan dalam Kajian di Pusat Pengajian Tinggi tidak wujud dan pihak universiti tidak pernah mengarahkan mana-mana pensyarah atau pelajar membuat kajian terhadap produk yang dimaksudkan.
3. Sebagai panduan puan, dinasihatkan supaya menggunakan produk yang ada tanda halal JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri dan sekiranya terdapat kemusykilan pada barangan yang ada tanda halal JAKIM diminta supaya mendapatkan nama produk dan pengeluar dengan jelas dan rujuklah kepada JAKIM atau lihat laman web JAKIM melalui internet.
4. Elakkan dari membeli barangan keluaran luar negara yang ada campuran daripada bahan yang bersumberkan haiwan.
———-
Babi SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK ****
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT ****, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)

> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ‘ Gold Cup’
> 6. Berus Gigi Jenis ‘ Reach’
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK **** DAN BINATANG TIDAK HALAL )

> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady’s Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady’s Choice Jelly
> SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND
Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.
Confirm – Pringles Potato Chips – tidak HALAL !!
AMARAN OLEH KERAJAAN M’SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!
Ref. Message: Pringles Potato Chips
Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know…….. I have checked. It’s true that the chips contain Emulsifier.
Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.
TOP URGENT…….. PLS FORWARD TO OUR MUSLIM FRIENDS… Forward
this to your pork-free muslim friends. Beware of what ou eat.

Jumaat, 29 April 2011

Amerika Musuh Umat Islam, Bukannya Sahabat

Amerika Musuh Umat Islam, Bukannya Sahabat

Khamis, 28 April 2011

REMAJA : JANGAN RISAU JIKA DIRI MASIH 'SINGLEن

 Editor : MUSLIM 24 JAM™


Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh. "Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja". Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka."Aku tak cantik ke?" "Aku kurang bergaya ke?" "Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?" "Aku tak pandai meng'ayat' agaknya".



Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri,stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. Yang penting, dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tidak serik-serik lagi. Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga berkonflik dengan Pencipta cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.

Oh, remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat.

Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namun,terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.



Ku hembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga. Bagi para gadis yang belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.


Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, " first thing first".Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali prioriti anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat,pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha!

Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana? Dengan sms siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan?  Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tips memikat wanita solehah dan beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan Sunnah.

Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam.

Sumber : iluvislam.com


Isnin, 25 April 2011

Surat ini khas utk anda

DIAMBIL DARI FACEBOOK 

Ini adalah pesanan Dr. Khalil al Hayya mewakili HAMAS di Pelestin untuk umat Islam di Malaysia. Pesanan ini diterjemahkan oleh Maszlee Malik (penulis buku "Hamas: Pejuang kota suci BaitulMaqdis") atas permintaan Dr. Khalil.
Mohon agar sahabat sekalian menyebarkannya sama ada melaui blog atau cetakan berkenaan Pesanan ini kerana ianya mengandungi rintihan, harapan, perkongsian dan rayuan daripada saudara kita di Palestin. Semoga pesanan ini memberi secebis kesedaran kepada kita.



Alhamdulillah, Allah memilih kami yang berada di Palestin supaya berjihad. Kami dipilih bagi menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami dipilih oleh Allah bagi mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami supaya menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Kami juga dipilih oleh Allah bagi mewakili umat Islam di seluruh dunia supaya menjadi benteng pertahanan kepada Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid suci ketiga. Kami juga dipilih oleh Allah supaya menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan berbanding kehidupan dunia. 

Selama lebih 60 tahun kami hidup di medan pertempuran. Selama tempoh itu juga kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan la ilaha ilallah dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

Pelbagai bentuk kesengsaraan sudah dilalui oleh rakyat Palestin. Pengusiran dari rumah, kampung halaman dan juga tanah air. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan pelbagai perbuatan tidak bertamadum yang dapat disenaraikan, sudah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited supaya terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ia adalah jihad, kemulian dan bukti yang kami ingin bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami.

Semasa detik-detik awal penjajahan, kami, saudara anda daripada gerakan Islam menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam dibantai oleh penjajah. Walau bagaimanapun, pembantaian itu tidak cukup bagi melemahkan kami. Sehingga zaman Jamal Abdul Naser, seperti mana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh itu, gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kami menumpukan usaha membina semula struktur perjuangan. Usaha PENDIDIKAN, DAKWAH, TARBIAH, dan KEBAJIKAN menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehingga pada pertengahan 80-an apabila arus sekular mula jemu dengan perjuangan. Semasa arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin mula lesu, kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar memerdekakan sekeping tanah, tetapi bagi memandu kebangkitan semua umat Islam dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini. 

Semenjak hari pertama penubuhannya, HAMAS menjadikan jihad sebagai jalan utama bagi memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga memberikan nyawa ahli-ahli mereka bagi tujuan itu dan berjanji pada rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam supaya terus komited dengan perjuangan kami. HAMAS juga berjanji hendak memerdekakan Masjid Al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami. 

Setelah hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat bagi memerintah mereka. Kemenangan ini walaupun indah, namun ia adalah ujian yang getir bagi kami. Kemenangan itu adalah era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahka  satu lagi ruang dalam perjuangan kami iaitu POLITIK PEMERINTAHAN. Semakin bertambah beban, semakin tinggi pengorbanan kami. 

Buat umat Islam di Malaysia, kalian adalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita sudah diikat dengan FIKRAH dan AKIDAH yang sama. Kita dihimpunkan dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita ditakdirkan bersama dalam perjuangan dengan MANHAJ atau TUJUAN yang sama. Kami adalah wakil saudara di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan saudara. Pemerintahan kami adalah pemerintahan saudara. Kerajaan HAMAS ialah kerajaan umat Islam di seluruh dunia. Tidakkah saudara sedar akan perkara ini? Jika saudara tidak sedarkan perkara ini, siapa lagi yang akan menyedarkannya?

Umat Islam di Malaysia sekalian, menjadi pemerintah tidak mudah. Apatah lagi memerintah dalam fasa penjajahan dan peperangan. Ditambah pula apabila pemerintah hanya memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya serta memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Manakala pemerintahan itu sebenarnya mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili saudara semua di seluruh dunia. 

Sehingga kini, para pegawai kerajaan termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap penganguran mencapai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Baru-baru ini, tiga orang bayi meninggal di hospital berdekatan Gaza kerana tiada ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Malah persidangan Parlimen kami di Gaza hampir-hampir dibatalakan kerana kekurangan kertas.

Mengapa semua ini berlaku? Ia kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh Rejim Zionis, AS dan EU. Tekanan yang dikenakan hanya kerana rakyat Palestin memilih calon yang rakyat inginkan dalam pilihan raya yang lalu. Tekanan dikenakan kerana kami enggan mematuhi ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?

Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin. Rejim Zionis mengambilnya dan mereka tidak pernah dipaksa supaya memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang dapat memaksa rejim Zionis supaya memulangkannya. Mereka juga menutup laluan udara, darat dan  laut Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian yang disepertujui oleh kerajaan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua. Kami yakin, saudara seIslam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seAkidah kami dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami juga yakin saudara seAkidah kami di seluruh dunia dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi daripada regin Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di saat kami memerlukan mereka?


Wahai umat Islam di Malaysia! Kami mengharapkan anda mengepalai kempen menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunya dua pilihan. PERTAMANYA, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel bagi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang KEDUA adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk pada tekanan. Kami memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah dan tunduk pada tekanan. Malangnya rakyat Palestin hanya mampu bertahan selama enam bulan,. Setiap hari rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa kerajaan HAMAS tidak tunduk pada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila? Perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan saudara bagi melakukannya. Sanggupkan saudara melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?
Umat Islam di Malaysia sekalian, kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehingga setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam terus dijulang. Namun, kami memerlukan sokongan dan bantuan kalian. 

Jika kami gugur syahid manakala saudara sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut daripada Allah atas kelembapan saudara semua. Kami tidak akan redha pada kelesuan dan kebisuan kalian. Kami tidak akan memaafkannya. 

Umat Islam di Malaysia, kami mengharapkan saudara bersikap proaktif. Kami hanya mengharapkan saudara dapat  menyumbang USD1 (bersamaan RM3.60) setahun bagi menanggung kesengsaraan rakyat Palestin. Kami juga mengharapakn saudara melobi kerajaan saudara yang menjadi Pengerusi OIC supaya melakukan sesuatu. 

Kami juga berharap saudara melakukan kempen kesedaran dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam supaya turut membantu rakyat Palestin. Kami juga ingin melihat saudara menjadi juara di peringkat antarabangsa dalam kempen kesedaran ini. Banjiri media saudara dengan isu Palestin dan Al-Aqsa. Halakan mereka ke arah menyokong perjuangan rakyat Palestin. Kepalailah usaha serantau bagi tujuan itu, saudaralah harapan kami. 

Akhir sekali, kami mengharapkan saudara tidak melupakan kami dalam doa-doa saudara sekalain. Berdoalah supaya kami tetap dalam perjuangan kami dan dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga supaya kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid Al-Aqsa suatu hari nanti. Pada masa itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini.

Allahu Akbar!

Saudaramu,
Khalil Ismail al-Hayya
Ketua WHIP HAMAS di Majlis Legislatif Palestin
14 Mei 2006

Sabtu, 2 April 2011

Sahabatku

Sahabatku,
Sedih hatiku bila melihat engkau terjatuh ke alam 'couple',
Tahukah engkau 'couple' itu menghampiri zina?
Zina mata,hati,tangan,kaki, telinga dan banyak lagi.
Sedarlah sahabatku...

Ana sayangkan antum kerana Allah.

Sahabatku,
'couple' bukanlah jalan penyelesaian masalah,
Namun makin bertambah masalah,
Lihatlah dunia hari ini,
Tandus! tandus kerana akhlak manusia yang kian mengetepikan agama.

Ana sayangkan antum kerana Allah.

Sahabatku,
Di saat engkau rasa 'indahnya' dan 'nikmatnya' couple itu,
Engkau lupa syaitan sedang gelak akan dirimu,
Di kala itu syaitan berjaya mengaburi matamu.
Sedarlah sahabatku.

Ana sayangkan antum kerana Allah.

Sahabatku,
Kerana couple lah terlahirnya anak tidak berdosa,
Kerana couple lah terjadinya pergaduhan sesama sahabat dan keluarga,
Kerana couple la hilang pedoman hidup,
Kerana couple lah sanggup lari rumah mengikut kekasih.

Dan kerana couple lah Redha Allah jauh dari kita..
Sanggupkah kita jauh dari Al-Khaliq kita??
Tepuk dada tanya Iman.

Wahai Sahabatku.TEGASKAN DIRIMU!



BUAT INGATAN DIRI INI JUGA......

Tak InGin Ku uLangi...

Ya ALLAH...
Tak Ingin Ku Ulangi...

Tak ingin ku ulangi.....satu hal yg pernah ku lakukan d sekolah dulu...x tahu kenapa tiba2 datang kembali kenangan 2...

   Time kat asrama dulu, ada kelas fardhu ain tiap hari slasa..hari slasa time study akan jad lewat ckit sbab ada kelas tajwid. Tap hati jad sedih dan bersalah sebab x manfaatkan kelas fardhu ain 2 baik2...time ustaz bagi ceramah, kat blakang buat keja skolah...Ya ALLAH...ampunkanlah diri ini Ya ALLAH...dahla ustaz cerita tentang solat, perkara pertama akan disoal di akhirat, tapi masih juga dgan buku dunia...pilunya hati  nie bila kenangkan balik...kadang kadang terpkir jugak time cramah boleh buat keja dunia, tap time kat kelas x pula buat amalan utk bekalan akhirat....
 
    Terkenang juga kata2 seorang guru di sekolah dulu....cikgu bahasa melayu....time 2 tgah hafal bio or sejarah.X ingat dah...time 2 nak amik spm.tiba2 cikgu datang....cikgu tanya buat apa?...tengah hafal cikgu...
tengah2 bual2 ngan cikgu,ada satu perbualan yang buatkan hati nie sangat tersentuh....cikgu kata.....bio, sejarah...tok exam kita hafal..tap AL QURAN kita x hafal pon....YA ALLAH tersentuhnya hati dgan kata2 cikgu...kita terlalu pentingkan dunia tap akhirat????kata2 cikgu x pernah ku lupakan...TERIMA KASIH CIKGU...


   Alhamdulillah, sekarang x buat lag...Ya ALLAH istiqamahkanlah  diri ini.Tap bila tengok sahabat2 laen buat  mcam 2, sedih hati nie.Niat hati nak tegur tap x tahu macam mana..YA ALLAH... berilah kekuatan....
Sedih hati nie bila tengok ada yg lebihkan study daripada solat...YA ALLAH jauhkanlah diri ini daripada melakukan perkara mcam 2 ya ALLAH.....jgan KAU biarkan diri ini hanyut dengan dunia...

   Semoga kita semua dapat hayati....keredhaan ALLAH yang kita cari....
  Ingatan buat semua dan diri ini juga....

SahAbat....SayAng kamu kRN ALLAH...moga kita sentiasa berada dalam kasihNYA...