BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 28 Januari 2011

Murtad Kerana Cinta

Tersentuh hatiku bila membaca cerita ini.

Astagfirullah!. Aku beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya aku tidak sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu resah dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Aku sujud panjang, memohon istighfar. Air mataku mengalir.

Aku terlena di atas sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir sebulan aku berada dalam keadaan tidak menentu. Makan minumku sekadarnya. Tidurku dihantui mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan kekecewaan. Emosiku terganggu..... Fikiranku mengimbau peristiwa lama itu.....

Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti jawapan. "Macam mana?" tanyanya.

"Abang nak atau tidak?". tanyaku.

"Mestilah nak!". jawabnya.

"Kalau abang nak..... adalah!". jawabku.

Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku gembira. Dia gembira. Tuhan, syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat sayang padaku. Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin dalam rahimku. Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku.Dan segala-galanya.

"Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,". Hari-hari itu yang diingatkan padaku. Aku pun ingin memiliki anak yang soleh, yang luhur pekertinya dan teguh memegang syariat Allah s.w.t pada akhir zaman. Lalu hari-hari kubisikan kepadanya kata-kata yang baik. Biarpun dia masih di dalam rahim. Aku pasti ada pertalian yang menghubungkan aku dengannya.

Aku nyatakan harapanku dan saban hari bibirku tidak kering melagukan ayat suci
Al-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan Maryam telah sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan mata, suamiku akan mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah gembiranya hati bakal ibu apabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak balas pada kalimah tayyibah yang diajarkan.

Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui kesakitan antara hidup dan mati. Terubat hatiku melihat senyumannya. Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih. Paling seronok melihat lekuk di kedua belah pipinya bila dia tersenyum. Nur Amana, nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang menaungi setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar dia
menjadi wanita terpuji. Memiliki iman setinggi iman Siti Fatimah az-Zahra,
puteri Rasullulah s.a.w. yang terunggul.

Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan suami. Takdir Allah s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi selepas kelahirannya. Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu sajalah amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur. Suamiku tidak banyak bicara. Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima dengan reda.

Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan lahiriah, akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandang menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat suara pada orang tua. Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati orang lain.

Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba pada suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang cemerlang dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Pun begitu demi masa depannya kami merelakannya. Seperti suamiku, aku yakin dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu menangkis segala unsur jahat.

Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang tetap tawar biarpun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam. Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamah hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh dirantau orang. Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala suratnya menitip berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga.

Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan membanggakan. Air mataku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik semoga anak inilah yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat berakhir nanti. Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan yang ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup dengan kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan itu menjurus kepada kebaikan.

Seperti suamiku, aku tidak membantah. "Di sana terlalu banyak fitnah, Ma...," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang mendorongnya memakai purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara kafir tempat Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana mengambil langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah. Katanya, dengan keadaan yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti. Rugilah kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana cuma tersenyum mendengar pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma, pasti ada rezeki untuk hamba Allah yang memegang syariat-Nya," Nur Amana memujukku. Dan hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak sampai sebulan pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut Nur Amana sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti biasa.

Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku kini.Hari-hari berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur Amana mula berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering mengurung diri dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak makan bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku cuba mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun aku tidak berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembunyikan.

Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur Amana telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama kepada Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama. Ketika itu Nur Amana tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura selama seminggu. Aku dan suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu diperolehi oleh Nur Amana sendiri.

Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu, kalau tidak ada apa-apa? Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur Amana sehingga timbul fitnah yang sebegitu besar? Persoalan demi persoalan menujam diri menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya. Kepulangan Nur Amana kusambut dengan air mata yang entah untuk apa. Yang pasti hatiku cukup bimbang.

Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain sutera berwarna ungu yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa. Suamiku menggesanya cepat membersihkan diri supaya dapat solat Maghrib berjemaah bersama. Tapi, Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta aku dan suami solat dahulu. Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku mengetuk pintu kamarnya mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali lagi juga Nur Amana menolak dengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja penting. Satu alasan yang tidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang kudidik tidak pernah melengahkan waktu solat. Tidak pernah mengutamakan kerja lain dari solat. Tapi mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami bertentangan. Pun kami cuma membisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak terlebih dahulu.

Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi perut yang berkeroncong. Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan letih. Kecewanya hatiku dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak pintu bilik lagi tapi cepat suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia kelihatan bersahaja. Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat semakin manis. Wajahnya lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang cantik sering mengukir senyuman. Soalan pertama diajukan oleh suamiku. Nur Amana tersentak. Dia menafikan sekeras-kerasnya.Katanya itu cuma fitnah orang yang benci melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku masih memelihara agamanya.

Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi. Permohonan Nur Amana untuk menukar agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di Kota Kinabalu, menghadiri persidangan penganut agama Kristian sedunia. Darahku berderau. Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini turut menipiskan kepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu bertahan lagi. Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana (out-station ke Singapura lagi) memberi peluang kepada kami untuk memecah biliknya. Kamar sederhana besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang entah siapa pemberinya telah kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat cuma
tertulis tahniah dan tersusun buku-buku tebal di atas rak. Aku menghampirinya. Dan jantungku berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu adalah
berkenaan agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan terjemahannya. Aku menggeletar. Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera menghubungi
mahkamah meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu menyakitkan. Air
mataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu dia jadi begitu? Subhanallah!

Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati pintu biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan pertanyaan demi pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus berpanjangan. Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. "Saya mencintai Adam..... pemuda Kristian, saya benar-benar cinta padanya dan terperangkap dalam agama itu...," dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke pipinya. Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus terhapus. Nur Amana menangis. Aku terkaku.Sesungguhnya hakikat ini terlalu pahit.

Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong. Nur Amana membawa bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan bahawa "Cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana seolah-olah memutuskan bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air mataku mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu. Suamiku bertindak pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari rumah! Pun polis tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah pertukaran agama yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar terpaksa digunakan meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita Nur Amana menjadi hangat. Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca televisyen. Latar belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana dikritik.
Pendidikan ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan akhirnya, ramai yang menyimpulkan, Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap Kristian
kerana cinta! Alangkah dangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!!!

Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang lelaki muda berdarah India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya dibiarkan mengurai ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata lelaki ajnabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat sebentuk salib dibuat dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat di dadanya. Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa. Wajahnya tenang. Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu. Keputusan diumumkan. Suamiku gagal!

Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya. Dan kami tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur lebih daripada 18 tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat tersenyum lega. Hatiku hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan dikenakan hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat. Nur Amana bukan tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa dia terus berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah dalam pelukan suamiku. Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam menahan kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama kulihat air matanya gugur.

Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu hatinya."Demi Allah! Aku bersumpah negara ini tidak akan aman kerana memegang undang-undang kafir!". Tiba-tiba suaranya lantang menjerit, meggegarkan suasana mahkamah yang telah sediakala hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi. Mahkamah sunyi seketika. Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan laungan "Allahu Akbar" dari orang yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah. Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun air matanya semakin hebat. "Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang penjajah!'.

Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku. Suamiku meronta-ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis melemahkan kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya digari.Ketika melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda yang tidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan ini yang kau pilih, teruskanlah..... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akan selamat!," Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung. Pun kulihat sekilas senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku tercalar. Keranamu Nur Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya. Dan hari ini, suamiku merengkuk dalam penjara.Dituduh menderhaka kepada mahkamah! Dan ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan sentimen perkauman juga keagamaan.

Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting tiga kali. Aku belum solat Isyak. Astagfirullah. Dari tadi aku tertidur dan menyambung mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk. Solat Isyak kudirikan. Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air mataku gugur lagi pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku retak. Namun jauh di sudut hati. Aku terus berharap....., pulanglah anakku,Nur Amana!

Aduhai, kisah Natrah berulang kembali..... Agama dipermainkan oleh undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya undang-undang sehingga tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI. Sampai bila perkara ini akan berakhir..... Betapa hibanya hati seorang ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu masih banyak lagi kes yang sama seperti Nur Amana. Apakah tindakan kita yang mengaku dirinya ISLAM? Apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar ini???? Permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air kita..... Sedarlah!!! Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN DI BUMI....... MALAYSIA khasnya....

RAHSIA MEMOTONG KUKU

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ; 
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit 
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan 
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat 
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit 
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan. 
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit. 
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Ahad, 9 Januari 2011

Kem nasional SANTUN 2010 d kem PLKN Sintok,UUM,kedah

Jumaat, 7 Januari 2011

assalamualaikum...buatmu sahabat...~~~~<@

SAHABAT...
SEIKHLAS INGATAN SETULUS MEMORI,
SALAM PERSAHABATAN MOGA DIRINDUI…

Penghargaan terima kasih diucapkan buat sahabat yang dikasihi dan diredhoi Allah.

Salam persahabatan dilafazkan ,

Sahabat yang dikasihi Allah, Renunglah sejenak betapa hebatnya ciptaan Allah Yang Maha Esa, yang mana di dalam ciptaan Nya dipenuhi oleh pelbagai keadaan, rupa, bentuk, warna, rasa. CiptaanNya yang unik dan pelik kadang-kadang meninggalkan sesuatu untuk dikongsi bersama, selama mana ia tidak luput dari ingatan akal yang waras dan siuman.

Sahabat,

rasa yang diciptakan mempunyai untaian persoalan yang kekadang mudah kekadang sukar dijawab mahupun untuk dileraikan. Dari rasa lahirlah perasaan yang dihuni oleh 1001 perasaan yang dipersoalkan. Perasaan tidak menentu, resah, jemu, suka, duka, gembira, sedih, sayang dan bangga.

rasa jemu bila berhadapan dengansesuatu yang menjemukan.
rasa resah bila bertemu dengan sesuatu yang meresahkan .
rasa suka bila menghadapi dengan sesuatu yang menyukakan .
rasa duka bila ditimpa sesuatu yang mendukakan .
rasa gembira bila mendapat sesuatu yang menggembirakan.
rasa bangga bila mendapat sesuatu yang membanggakan.

Itulah lumrah ciptaan Yang Maha Bijaksana yang mana ia hanya dapat dirasai oleh sekeping hati yang kecil yang entah dimana letaknya dan bersarang segala perasaan ini.. Yang ia hanya mampu terpapar pada sikap dan perwatakan yang tertonjol. Itulah rahsia sekeping hati yang diliputi oleh pelbagai rasa.

Sahabat,

Ikatan persahabatan yang terjalin ketika kaki mula melangkah kesini telah pun meninggalkan kesan dilubuk hati. Segala yang menggembirakan, yang menyedihkan, yang mendukakan kini hanya tinggal sebuah memori yang terpahat kukuh disanubari. Mungkinkah hingga ke saat ini sahaja ukhwah yang bertapak sekian lama? Atau ianya akan hilang begitu sahaja? Atau ianya akan dilupakan? Atau ia hanyalah seumpama air yang akan memadamkan api?

Sahabat,

Sesungguhnya ukuwah yang terjalin adalah sesuatu yang termaktub.
Mulanya masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain tetapi kini…….
Segalanya telah berubah, saling kenal-mengenali seterusnya menjadi akrab dan intim.

Sahabat ,

Jika takutkan ombak jangan berumah ditepian pantai. Begitu juga, Jika takutkan perpisahan jangan hampiri pertemuan. Inilah hakikat sebuah kehidupan yang sentiasa berputar-putar ibarat roda yang berpusing. Kita harus tabah dan redha dalam menghadapi setiap apa yang telah disuratkan kepada kita kerana hanya Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Dia juga tidak akan membebankan hambanya dengan apa yang tidak terdaya ditanggung oleh kita. segalanya masih dipayungi oleh 1001 kemungkinan. Kemungkinan yang bakal meninggalkan memori di sudut hati kita.

Sahabat,

Berdoalah agar sentiasa mendapat keredaanNya dalam ukhwah yang terbina. Moga-moga pertemuan dan perpisahan ini diberkati oleh Illahi didunia dan diakhirat. Kuatkan hati untuk menerimanya, jangan berdukacita. Setiap yang bermula pasti akan ada yang akhrnya.

KITA TIDAK AKAN DAPAT MELUPAKAN KELUKAAN TETAPI PENGALAMAN YANG MENGAJAR KITA SUPAYA TIDAK AKAN BERULANG UNTUK KALI YANG KEDUA…….

“DALAM BERHATI-HATI ADA HATI YANG DISAKITI…
DALAM BERJAGA-JAGA ADA HATI YANG TERLUKA……………….”

assalamualaikum..malu...malu..teramatlah malu...

Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya

Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya

Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu

Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.

Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. JANGAN
mengajak si wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan dengan kta "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"

Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KALIFAH! sabda Rasulullah saw. SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.

Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkanm malu itu bukan ditempatnya.
MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.
MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu
Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan kita dari perkara mungkar!!..insyaAllah..

assalamualaikum..sahabat dan kasih sayang...

by Syasya Sya on Saturday, January 1, 2011 at 9:59am
Daripada Abu Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
"Pada Hari kiamat Allah akan berfirman, 'Dimanakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini Aku akan melindungi mereka sebab hari ini tiada perlindungan selain daripada perlindungan-Ku." (Muslim)

Dalam Hadis Qudsi daripada Ubadah bin Samit, Allah berfirman :
"Kecintaan-Ku hanya untuk orang-orang yang saling mencintai, saling menghubungkan silaturahim dan saling berkorban kerana-Ku. Orang-orang yang saling mencintai kerana-Ku berada di atas mimbar-mimbar cahaya. Para Nabi dan Syuhada merasa cemburu terhadap mereka." (Ibn Hibban dan lain-lain).

Kita sudah mengetahui keutamaan dan kedudukan kasih sayang di sisi Allah, ukuran dan pengaruhnya di dunia dan akhirat kelak. Kalau begitu apakah hak dan kewajipannya?

Imam Al-Ghazali telah membahaskan hak-hak kasih sayang dalam kitab Ihya Ulumuddin. Selama ini umat Islam mengabaikannya. Kita merasa malu, hati kita merasa pilu melihat remehnya kedudukan kasih sayang ini dalam jiwa umat ini. Banyak terjadi kesalahan di antara sesama umat Islam yang bersaudara. Seharusnya orang mukmin menyerahkan kepimpinan kepada saudaranya sesama muslim, dan berusaha sekuat tenaga untuk membahagiakan dan sekaligus merendahkan hati terhadap mereka.

Apabila merendahkan hati terhadap mereka, jangan pula menyebabkan saudaramu itu takabur kerana merendahkan hati terhadap sesama muslim kerana Allah adalah salah satu sifat yang tidak dapat dipisahkan daripada orang-orang mukmin. Ia merupakan sifat yang tetap wujud pada pengikut-pengikut Nabi SW sampai hari kiamat. Allah swt berfirman :
"… bersikap lemah-lembut terhadap orang-orang mukmin dan bersikap keras terhadap orang-orang kafir..." ( Al-Maidah : 54)

Sebenarnya sikap lemah-lembut terhadap saudara seagama bukanlah kerana keturunan atau kehebatannya tetapi kerana iman yang memenuhi hatinya dan akidah yang ada dalam jiwanya. Orang bijak mengatakan :
"Kami menjadi Raja disebabkan akidah ini (tetapi) kami menjadi hamba kepadanya."

Sesiapa yang mencintai akidah, tentu ia mencintai penganutnya dan semua yang berhubungan dengan mereka. Sebuah syair mengatakan : "Aku melewati rumah si Laila, ku cium dinding rumah itu. Sebenarnya aku bukan mencintai rumahnya, tetapi mencintai penghuni rumah itu." Oleh itu, berusahalah menjaga hak dan kewajipan kasih sayang, semoga Allah mencucuri rahmat-Nya keatasmu, mengampuni dosa-dosamu dan menolongmu terhadap dirimu.

Berikut ini dihuraikan dengan ringkas hak-hak kasih sayang berpandukan kitab Ihya 'Ulumiddin.
Sesungguhnya para salafus-soleh telah menunjukkan contoh-contoh yang nyata yang dapat dilihat oleh manusia dengan mata mereka dan menyentuh dengan tangan mereka. Kemudian jejak mereka diikuti oleh da'ie-da'ie Islam dalam menahan bala seksaan yang mereka alami. Betapa banyak saudara-saudara kita yang menebus saudaranya dengan jiwa. Betapa banyak pula yang meninggalkan keluarga dan rumah mereka, menemui saudara-saudara mereka untuk membantu keperluan mereka, sedang hati mereka sentiasa membaca firman Allah:
"… kami tidak menghendaki balasan darimu, tidak pula ucapan terima kasih. Sesungguhnya kami takut kepada azab Tuhan kami pada hari semua orang bermuka masam dan merasa kesulitan." (Al-Insan : 9-10) Kasih sayang seperti ini sungguh unggul dan agung, sehingga orang-orang yang suka berbuat dosa tidak sanggup mencapainya. Kasih sayang seperti ini hanya terdapat pada jiwa orang-orang mukmin. Hakikat ini tidak dapat dipinda oleh orang-orang keras kepala yang hatinya tidak disinari oleh nur Islam. Seperti halnya orang buta yang tidak dapat melihat cahaya matahari, tidak bererti matahari sudah terbenam. Sesiapa yang mempunyai hati, dengarlah kebenaran ini. Sesiapa yang tidak mempunyai hati, pertama-tama carilah hatinya yang telah hilang itu, kemudian perhatikanlah orang-orang mukmin. Ia pasti akan terkejut melihat apa yang disaksikannya dan akan lupa tentang kewujudan dirinya. Kemudian dirinya akan fana dalam erti kasihsayang yang paling unggul yang pernah dikenali oleh umat manusia. Tidak akan ada yang lebih agung daripadanya sampai akhir zaman.

Hati, diibaratkan seperti alat pengirim dan peka penerima, sebahagiannya ada yang sangat peka, sehingga suara yang perlahan pun tidak akan terlepas dari tangkapannya. Sebahagian yang lain ada yang kurang peka sehinggakan suara yang kuat pun tidak dapat dikesannya. Jika ada orang yang tidak mampu menggambarkan hidupnya dan tidak dapat membayangkan bentuk kehidupan yang kita serukan, hendaklah mereka memperbaiki hati mereka, membersihkannya daripada segala dosa dan kesalahan sehingga mereka dapat menerima rahmat dan petunjuk daripada langit. Ada empat hak-hak kasih sayang yang akan diperjelaskan secara ringkas:

1) Hak sahabat terhadap harta
Ada tiga tahap dalam hak saudara terhadap harta:
i- Memenuhi keperluan saudaramu daripada kelebihan hartamu
ii- Memberikan separuh hartamu
iii- Menyerahkan seluruh hartamu untuk memenuhi keperluan mereka kerana lebih mengutamakan keperluan mereka daripada keperluan sendiri.

Tahap ketiga inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah swt :
"... mereka mengutamakan (saudaranya) daripada dirinya sendiri, sekali pun mereka dalam kesusahan." (Al-Hasyr :9) Ada beberapa contoh kasih sayang, dalam tahap ini :
a) Fath al-Musaili datang ke rumah saudaranya. Kebetulan pula, saudaranya tidak ada di rumah. Ia meminta pembantu rumah saudaranya mengeluarkan sebuah peti kepunyaan tuannya. Fath mengambil benda-benda yang diperlukan dari peti saudaranya itu. Setelah tuannya kembali, pembantu ia menceritakan kejadian tersebut. Oleh kerana gembira terhadap apa yang dilakukan oleh hambanya, ia berkata, "Kalau betul kamu memberikannya, maka saya merdekakan kamu kerana Allah".
b) Seseorang mengatakan, "Jika kamu meminta wang daripada saudaramu, lantas ditanya untuk apa, ini bererti hak persaudaraannya telah hilang".
c) Seorang sahabat Rasulullah SAW menghadiahkan sesuatu (kepala kambing) kepada sahabatnya, kemudian dia menghadiahkannya lagi kepada sahabat yang lain. Demikianlah seterusnya hingga kembali kepada yang pertama setelah beredar kepada tujuh orang sahabat.
d) Abu Sulaiman ad-Darani berkata : "Aku menyuapkan sesuap makanan kepada seorang saudaraku, kurasakan lazatnya di dalam tekakku".
e) Masruq mempunyai hutang yang banyak. Saudaranya Khaithamah juga berhutang kepada yang lain. Masruq membayar hutang Khaithamah tanpa diketahuinya. Begitu pula Khaithamah membayar hutang Masruq tanap diketahuinya.

2. Hak sahabat terhadap dirimu
Tahap bantuan yang paling rendah ialah memenuhi keperluan mereka sekiranya kamu mempunyai waktu lapang dan menyelamatkan mereka daripada bahaya yang akan menimpa sekiranya ia tidak membahayakan kamu. Manakala tahap bantuan yang paling tinggi sekali ialah mengutamakan keperluan mereka dan menyelamatkan mereka daripada bahaya walaupun ianya membahayakan diri kamu sendiri. Melalui perkataan Nabi Musa (a.s), Allah berfirman :
"Berkata Musa, 'Ya Tuhanku, aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. Sebab itu pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasik."
a) Ibn Shabramah telah menunaikan keperluan besar salah seorang saudaranya lalu saudaranya itu datang membawa hadiah. Maka Ibn Shabramah bertanya : "Apakah ini". Saudaranya menjawab : "Ini adalah balasan jasamu." Lalu Ibn Shabramah berkata : "Ambillah hartamu ini, semoga Allah mengampunimu".
b) Al-Hassan selalu mengatakan : "Saudara-saudara kami lebih kami cintai daripada isteri-isteri dan anak-anak kami. Keluarga kami memperingatkan kami tentang dunia dan saudara-saudara kami memperingatkan tentang akhirat".

3. Hak sahabat terhadap lidahmu
Ada di antara sahabatmu yang tidak memerlukan bantuan harta, kerana Allah telah melimpahkan kurnia-Nya atau telah ada orang yang memenuhi keperluannya. Akan tetapi ia sangat memerlukan lidah dan hatimu (nasihat dan kebaikanmu). Apa gunanya harta benda dan bantuanmu, jika disertai dengan kata-kata yang meyinggung perasaan. Apa gunanya erti harta dan nasihatmu jika tidak disertai kesetiaan dan kasih sayang serta keikhlasan. Jika kamu ingin kedudukan yang telah dijanjikan Allah bagi saudara-saudara fiLlah, peliharalah hak-hak saudaramu atas lidah dan hatimu.

Ada tiga hak saudara terhadap lidahmu :

Pertama
Bersikap diam terhadap keaibannya, dengan syarat tidak mengabaikan amar ma'ruf dan nahi mungkar. Jangan menghina, mengumpat, berbohong, mencaci, memberi gelaran yang tidak ia sukai, menyebarkan rahsia-rahsianya, memburukkan keluarga serta kawan-kawannya dan menceritakan keaibannya yang kamu lihat. Tetapi carilah jalan untuk menutupi keaiban yang kamu dapati padanya. Lihatlah kata-kata Nabi Isa (a.s) kepada pengikutnya, "Apakah yang akan kamu lakukan apabila melihat pakaian saudaramu yang sedang tidur terbuka oleh angin?". Mereka menjawab, "Kami akan menutupnya." Kata Nabi Isa, "Malahan kamu membuka auratnya". Mereka bertanya, "SubhanaLlah, siapakah yang berbuat demikian?". Beliau menjawab, "Salah seorang daripada kamu, mendengar cerita saudaranya, kemudian dia tambah dengan lebih banyak lagi".

Allah berfirman :
"Celaka besar bagi orang-orang yang curang, orang yang apabila menerima takaran daripada orang lain mereka minta dipenuhi. Bila menakar untuk orang lain mereka kurangi". (Al-Muthafifin :1-3)

Kedua

Bincangkan dengan sahabatmu hal-hal yang disukainya dengan syarat tidak pula mengakibatkan penipuan terhadap dirimu sendiri atau menyebabkan kamu menyimpang daripada bercakap benar. Jika kamu melihat pada dirinya kebaikan yang menakjubkanmu sebagai seorang mukmin, dorongkan ia agar terus melaksanakannya. Apabila kamu mendengar pujian terhadapnya, ingatkan kepadanya agar jangan sampai sifat sombong masuk ke dalam jiwanya. Sekiranya didapati ia cenderung untuk berbuat baik atau berhubungan dengan orang-orang terhormat, berikan penjelasan sebaik mungkin sejauh yang diketahui tentang orang itu. Sudah pasti seorang sahabat ingin kamu membantunya bila ia diserang semasa dia ada atau tidak ada. Jika kamu tidak berbuat demikian, kamu laksana orang mati bukan hidup. Termasuk dalam hal ini juga meninggalkan perdebatan yang tidak baik. Dalam hal ini Abdullah bin Hassan berpesan, "Tinggalkanlah fikiran orang-orang yang pintar mahupun serangan mengejut orang-orang yang rendah dan hina".

Ketiga

Mendoakannya baik semasa hidup atau setelah meninggal dunia, kerana doa itu tanda kecintaan dan kekariban. Al-Imam Hasan Al-Banna telah mengumpulkan doa-doa yang dapat mempengaruhi ikatan hati dan kasih sayang. Doa itu dijadikan wirid rabithah (doa pengikat hati) yang dibaca setiap hari dengan khusyuk dan ikhlas sambil merenung maknanya baik oleh saudara yang ada di Timur mahupun di Barat, sehingga dengan doa itu kita dapat bersatu hati (seperti kata pepatah, jauh di mata dekat di hati). Peliharalah amalan doa tersebut kerana Rasulullah SAW bersabda :
"Apabila seseorang mendoakan saudaranya dari jauh, malaikat akan berkata kepadanya, untukmu seperti itu pula."(Muslim)
Hendaklah kita mendoakan sahabat-sahabat kita di dunia dan jika di antara mereka telah pulang ke Rahmatullah, hendaklah kita mendoakan dan memohon keampunan baginya.
Firman Allah SWT :
"Mereka bergembira terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati". (Ali-Imran :170)
Firman Allah SWT :
"Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa, 'Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman terlebih dahulu daripada kami dan janganlah engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." (Al-A'raf :151-152)

4. Hak sahabat terhadap hatimu

Hak sahabat terhadap hatimu tersimpul di dalam dua perkataan iaitu kemaafan dan kesetiaan. Yang dimaksudkan dengan kemaafan ialah sebelum kamu mengambilnya menjadi sahabat haruslah diingat bahawa ia bukan seorang yang maksum (terpelihara daripada kesalahan) kerana ini adalah sifat para nabi. Pasti ia ada kesalahan-kesalahan kecil dan kesilapan tetapi kesalahan itu akan terserlah setelah berkawan rapat dan bergaul lama dengannya. Kemungkinan jika berjauhan kamu tidak melihat kesalahannya. Akan tetapi suatu ketika kamu pasti dapat melihat sesuatu yang tidak kamu sukai dan berdiam diri terhadap kesalahannya.

Seorang penyair pernah berkata, "Menyendiri atau bergaullah dengan temanmu, kerana kadang kala ia membuat kesalahan dan kadang-kadang menjauhinya. Jika kamu setiap saat kamu mencela saudaramu, kamu tidak akan dapat menemui orang yang tidak dapat dicela".

Penyair lain mengatakan, "Maafkan kecacatan atau keaiban saudaramu sebagai simpanan kebaikan bagimu. Hindarkan umpatan-umpatan keji sebagai kebaikan hatimu."

Penyair lain pula mengatakan, "Ambillah yang baik daripada saudaramu, tinggalkanlah yang mengandungi kerosakan kerana umur lebih pendek daripada pekerjaan mencela satu sama lain".

Allah memerintahkan agar selalu memaafkan orang lain seperti yang terdapat dalam banyak ayat didalam kitab-Nya yang mulia. Di antaranya ialah :
"Sesiapa yang memaafkan dan berbuat baik, pahalanya ditangan Allah. Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim". (Asy-Syura : 40)

Perhatikan pula firman Allah SWT ketika menyuruh Abu Bakar (r.a), supaya memberi kembali nafkah kepada kerabatnya yang terlibat dalam penyebaran berita bohong terhadap diri 'Aisyah :

"Janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan diantaramu bersumpah, bahawa mereka tidak akan memberi bantuan pada kaum kerabatnya, orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah. Hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (An-Nur :22)

Dalam ayat lain disebutkan :
"Orang-orang yang bertaqwa ialah : Orang-orang yang menafkahkan hartanya pada waktu lapang dan sempit, orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." (Ali-'Imran : 134)

Allah SWT telah menyifatkan orang-orang mukmin dengan firman-Nya :
"Berkasih sayang sesama mereka". (Al-Fath : 29)

Adakah dia seorang yang berkasih sayang sekiranya ia tidak memaafkan keterlanjuran saudaranya? Allah menyifatkan mereka dengan firman-Nya :
"Berlemah lembut terhadap orang-orang mukmin".

Adakah dia bersikap lemah lembut jika ia tidak memaafkan kesalahan dan sabar atas kesilapan mereka.
Kesetiaan terhadap sahabat yang menunaikan hakmu adalah hal yang jelas jika ia memberi hakmu dengan sempurna. Akan tetapi yang kita maksudkan di sini ialah kesetiaan pada waktu sahabatmu melalaikan hak-hak itu. Hal ini telah dihuraikan ketika membicarakan kemaafan. Yang penting bagi kita sekarang ialah mengkaji sikap yang perlu diambil apabila sahabat kita melalaikan hak dan agamanya.

Para sahabat telah menerangkan masalah ini dengan jelas :

Abu Dzar berpendapat bahawa apabila anda membenci saudaramu, hendaklah atas dasar kamu mencintainya. Ini bermaksud kamu mencintainya kerana ada sifat yang menarik perhatianmu. Ketika sifat itu hilang daripada dirinya, maka kamu tidak lagi diwajibkan mencintainya.

Abu Darda berpendapat : "Jangan tinggalkan saudaramu bila sifatnya berubah daripada biasa kerana yang bengkok pada suatu saat akan dapat diluruskan."

Jadi Abu Dzar berpendapat supaya membenci dan memutuskan hubungan dengan saudara yang begitu. Sementara Abu Darda' pula mengharapkan agar hubungan dengan saudara itu tetap berjalan seperti biasa. Ibrahim Nakha'i juga berpendapat seperti Abu Darda'. Ia berkata, "Jangan kamu putuskan hubungan dan jangan kamu tinggalkan saudaramu yang membuat kesalahan yang dilakukan pada saat itu akan ia tinggalkan keesokkan harinya".

Imam Al-Ghazali menguatkan juga pendapat Abu Darda' dengan beberapa alasan, antara lain : "Kalau kita memutuskan hubungan dengan saudara kita, dari satu segi kita telah kehilangan kesempatan untuk mengembalikannya ke jalan yang baik."
Di segi yang lain ini bererti tidak setia kepadanya. Ini adalah kerana sehingga hari ia membuat kesalahan itu ia masih memelihara persaudaraannya dengan kita. Oleh sebab itu hendaklah kita menolongnya ketika ia berbuat kesalahan. Ketika saudara kita memerlukan bantuan kebendaan, kita wajib memberikan pertolongan kepadanya. Keperluan terhadap agama lebih penting daripada keperluan kebendaan. Oleh sebab itu diutamakan lagi memberi bantuan ketika ia memerlukan agama.

Tidak diragukan lagi, cara yang dipilih oleh Imam Al-Ghazali mempunyai faedah dan keuntungan tetapi orang yang menempuh cara ini harus berhati-hati, sehingga saudara yang setia itu, dapat membezakan di antara mencintai saudaranya, dengan mencintai perbuatannya yang menyimpang dari jalan yang benar. Tidak ada perbezaan pendapat tentang wajibnya membenci perbuatan yang salah.

Kita haruslah sentiasa berada dalam hubungan kasih sayang dengan saudara yang membuat kesalahan itu, dan kita harus memandang dengan penglihatan kasih sayang, bukan dengan pandangan dengki dan marah kerana saudara kita itu sedang diuji. Kalau kita biarkan dia bersama syaitan, syaitan akan menghilangkan sifat malu dan melenyapkan perasaannya. Tetapi kalau kita tetap mengadakan hubungan dengannya, bererti kita telah memberikan kesempatan baginya untuk menyelamatkan dirinya